Tuesday, June 14, 2022

Kursus Pemimpin Muda Tahun 2022/2023

Syukur Alhamdulilah, pada 14 Jun 2022 Kursus Pemimpin Muda telah berlangsung dengan jayanya yang telah mengumpulkan semua pemimpin sesi pagi dan sesi petang daripada SK Taman Putra Perdana. Pemimpin-pemimpin ini terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Ketua & Penolong Ketua Kelas.

Murid-murid yang dilantik menjadi Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Ketua & Penolong Ketua Kelas merupakan barisan pemimpin yang membantu guru-guru menjalankan tugas mengawal disiplin murid-murid semasa ketiadaan guru di samping dijadikan contoh dan teladan kepada murid-murid lain.

Objektif program adalah seperti berikut:

  • Mengetahui dan melaksanakan tugas sebagai seorang pemimpin yang telah diamanahkan dengan jujur, amanah, dedikasi dan penuh tanggungjawab.
  • Membantu guru-guru dalam menjaga dan memantau masalah disiplin di sekolah.
  • Melahirkan pemimpin yang dapat dijadikan murid contoh kepada murid lain, berdisiplin, berbudi pekerti, mempunyai jati diri yang tinggi serta sentiasa berbakti kepada guru dan sekolah.
  • Membentuk sahsiah dan ketrampilan pemimpin yang disegani.
  • Semangat kepimpinan dan kerjasama dalam kalangan pemimpin yang dipilih ini, dapat dipertingkatkan supaya mereka dapat membina satu kumpulan yang bijak memimpin dan asertif.

Kursus ini memberi penekanan kepada bidang tugas pemimpin bagi melahirkan pemimpin yang berkualiti dan berketrampilan. Slot bidang tugas pemimpin muda telah disampaikan oleh Jawatankuasa  Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Ketua serta Penolong Ketua Kelas. Selain itu, Ceramah Kepimpinan dan Komunikasi Berkesan telah disampaikan oleh Encik Mohd Shahril Bin Mohd Sabri serta teamnya yang merupakan Penceramah Jemputan di sekolah-sekolah. Seterusnya, Majlis Penutup bagi sesi pagi telah disempurnakan oleh GB Puan Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali manakala bagi sesi petang telah disempurnakan oleh PK Petang Puan Siti Raudah Binti Hamid .


Berikut dipaparkan gambar sepanjang kursus dijalankan:

Sesi Pagi:










Sesi Petang:













Semoga  kursus ini dapat memberi input dan maklumat yang berguna kepada semua pemimpin muda dalam melahirkan pemimpin yang berkualiti dan disegani.

Disediakan oleh:
NORHIDAYU BINTI SADRI

No comments:

Post a Comment