Friday, June 24, 2022

Laporan Bertugas Minggu Ke-12 (Sesi Petang)

Tarikh : 20 - 24 Jun 2022

Hari    : Isnin – Jumaat

Kumpulan : F

Senarai guru bertugas pada minggu ini :

1. En. Mohammad Hasbullah bin Zainal Abidin (Ketua)

2. En. Rusmami bin Rusli (Penolong)

3. En. Ahmad Junaidi bin Abdullah

4. Pn. Roslelawati binti Ibrahim

5. Pn. Norhidayu binti Sadri

6. Pn. Nur Malisha binti Omar

7. Pn. Nor Maziah binti Abd Malek

8. Pn. Nurazlin binti Mat Nor

9. Pn. Siti Aisah binti Hanafi


Laporan Sepanjang Minggu

Laporan mingguan dimulakan dengan Majlis Perhimpunan Rasmi.

Tarikh / Hari          : 20 Jun 2022 (Isnin)
Masa                    : 1.10 - 1.40 petang
Tempat                 : Dewan Perdana SKTPP

Pengacara Majlis :  Pn. Nur Malisha binti Omar
Warna Tema        : Ungu
Ucapan Tema      : Sabar

 1.0      Nyanyian, Bacaan Doa dan Bacaan Ikrar

1.1      Perhimpunan rasmi dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah.

1.2      Bacaan doa dipimpin oleh adik Ahmad Akmal Zikri bin Zamree dari kelas 3 Zircon

1.3      Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya diketuai oleh Puan Nur Malisha binti Omar selaku pengacara majlis. 

1.4      Bacaan Ikrar Murid diketuai oleh adik Annisa Jannah binti Mohd Fadil dari kelas 3 Amber

2.0      Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-11

2.1      Laporan guru bertugas pada minggu ke-11 telah disampaikan oleh Puan Shurhama binti Ahmad. Intipati laporan adalah seperti berikut: 

      • Tahap disiplin murid semakin baik.
      • Tiada sebarang kemalangan yang dilaporkan.
      • Sedikit teguran kepada murid mengenai adab dengan guru.
      • Cikgu Shurhama mengingatkan murid tentang budaya menghormati guru. Sebagai contoh :

        1. Bangun dan memberi salam ketika guru masuk ke kelas untuk memulakan pengajaran.
        2. Memberi salam ketika bertembung dengan guru.
        3. Sentiasa bersedia memberi bantuan kepada guru sekiranya diperlukan.
        4. Menjaga tutur kata (sopan dan tidak meninggikan suara).

3.0      Ucapan Guru Bertugas


3.1      Ucapan guru bertugas pada minggu ini yang telah disampaikan oleh Puan Nur Malisha binti Omar.  Antara intipati ucapan adalah:

      • Memperkenalkan barisan guru yang bertugas pada minggu ini.
      • Tema ucapan mingguan pada kali ini adalah berkaitan dengan Sabar
      • Sabar bermaksud menahan diri daripada keluh kesah atau tenang apabila ditimpa musibah.
      • Orang yang bersabar akan dikasihi Tuhan / Allah
      • Di dalam Islam, sabar itu sebahagian daripada iman
      • Cara untuk bersabar :
        1. Yakin bahawa setiap yang berlaku adalah atas kehendak dan ketentuan Allah
        2. Bertenang
        3. Elakkan diri daripada berputus asa

 

3.2           Perkataan LAWAD (Learn A Word A Day) pada minggu ini :

      • Bahasa Melayu : Menjunjung - membawa sesuatu di atas kepala
      • Bahasa Inggeris : Athlete - Olahraga
      • Bahasa Arab : خُبْزٌ (Khubzun) - roti

3.3          Lain-lain makluman

      • Edaran borang untuk pembelian baju sukan oleh guru kelas.
      • Murid diminta untuk melengkapkan borang pembelian baju sukan dan memulangkan  semula borang yang lengkap beserta bayaran secukupnya kepada guru kelas masing-masing.
      • Pengukuran dan pengumpulan data BMI (Body Mass Index / Indeks Jisim Badan) akan dijalankan ke atas murid-murid tahap 1, seperti ketetapan berikut:
        • Tahun 1 & Pra Sekolah : Selasa
        • Tahun 2 : Khamis
        • Tahun 3 : Jumaat

Dengan berakhirnya ucapan dan makluman yang telah disampaikan oleh Puan Nur Malisha binti Omar, maka berakhirlah Majlis Perhimpunan Rasmi Sesi Petang pada minggu ini.

Perhimpunan tamat pada jam 1.40 petang.

 

Antara rakaman gambar sepanjang majlis perhimpunan dijalankan.




Antara rakaman gambar aktiviti sepanjang minggu ke-12 

(20-24 Jun 2022)

Pelaksanaan Standard Pengukuran Indeks Jisim Badan (Body Mass Index) Untuk Murid Sekolah Malaysia Berumur 5-9 Tahun.





Sekian, terima kasih.


Laporan disediakan oleh:

Nor Maziah binti Abd Malek

No comments:

Post a Comment