Wednesday, November 9, 2022

Hari Karnival Kokurikulum SK Taman Putra Perdana 2022

Aktiviti kokurikulum adalah program terancang yang menjadi sebahagian daripada agenda pendidikan negara untuk menyokong proses pembelajaran murid-murid di sekolah. Dasar kokurikulum ini membantu pelaksanaan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang berhasrat melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, jasmani, rohani dan emosi. Justeru penglibatan murid-murid dalam aktiviti kokurikulum secara aktif adalah sangat digalakkan. 

Dengan izin Ilahi, Hari Karnival Kokurikulum SK Taman Putra Perdana 2022, telah berjaya dilaksanakan pada 9 November 2022 (Rabu). Ia berjalan dengan lancar melalui kerjasama guru-guru SK Taman Putra Perdana. Karnival Kokurikulum adalah salah satu saluran pendidikan luar bilik darjah yang amat berkesan dalam usaha melahirkan seorang insan  yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Karnival ini juga dapat mendidik murid-murid supaya percaya kepada diri sendiri dan sedar akan kemampuan diri. 

Objektif Hari Karnival Kokurikulum SK Taman Putra Perdana 2022;

  1. Dapat melahirkan murid-murid yang seimbang emosi, jasmani, intelek dan rohani selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
  2. Membantu mengembangkan potensi dan minat murid ke tahap optimum.
  3. Menggalakkan murid perdana dan murid PPKI berinteraksi untuk mewujudkan keharmonian.
  4. Menjadikan aktiviti kokurikulum sebagai pelengkap kurikulum.
  5. Membimbing murid supaya dapat mengisi masa lapang dengan kegiatan berfaedah.
  6. Melahirkan murid yang berbuat sendiri (self-actualised) untuk memajukan diri.
Atur cara program;

MASA

AKTIVITI


7.30 pagi

Murid turun ke dataran.

Guru kelas mengambil kedatangan.

7.45 pagi-8.00 pagi

Perasmian Hari Karnival Kokurilkulum.

8.00 pagi- 12.00 tengah hari

Pertandingan/ demonstrasi/ jualan berlangsung.

1.10 petang- 2.20 petang

Penyampaian hadiah.

2.20 petang

Murid bersurai.


Aktiviti-aktiviti yang telah dirancang untuk pelaksanaan Hari Karnival SK Taman Putra Perdana adalah seperti berikut;
  1. Memasang Khemah
  2. Menyediakan Sandwich
  3. Pertolongan Cemas (tunjuk cara)
  4. Pertandingan Sepak Takraw
  5. Pertandingan Bola Sepak
  6. Pertandingan Bola Jaring
  7. Pertandingan Teka Kacang
  8. Gerai Jualan
  9. Permainan Tradisional (Congkak)
  10. Menghias Meja Makan

Momen-momen indah dan bermakna yang sempat disimpan sebagai kenangan sepanjang program dijalankan adalah seperti berikut;

Pengumuman program.

Buku Program.
https://anyflip.com/enneq/bllk/


      Majlis Perasmian; YDP PIBG turut hadir.




Perasmian Terminal Kecemerlangan Kokurikulum SK Taman Putra Perdana.

Pengacara majlis.

Wajah ceria para guru SKTPP.

Berikut pula merupakan foto-foto penyertaan murid-murid dalam aktiviti yang telah dianjurkan;




Memasang khemah.



Menyediakan sandwich.


Pertolongan Cemas (tunjuk cara).

Pertandingan sepak takraw.

Pertandingan bola sepak.


Pertandingan bola jaring.

Pertandingan teka kacang.








Gerai-gerai jualan yang sangat meriah.


Permainan tradisional (congkak).




Menghias meja makan.


Wajah ceria anak-anak didik SK Taman Putra Perdana.







Majlis Penyampaian Hadiah diadakan pada jam 1.10 petang hingga 2.20 petang.


Melalui aktiviti-aktiviti yang dirancang, para peserta didedahkan dengan satu persekitaran baru. Ini dapat menanam sifat keberanian dan kepercayaan interpersonal dan intrapersonal dalam kalangan peserta. Dengan semangat dan kepercayaan ini, diharapkan program ini mencapai objektifnya. Selain itu, adalah diharapkan juga agar karnival ini dapat memberi peluang kepada para peserta menonjolkan bakat dan kemampuan diri masing-masing. Di samping menimba pengalaman, karnival ini juga dapat mengeratkan tali silaturrahim dalam kalangan peserta dan guru-guru.

Alhamdulilah... selesai  sudah program Hari Karnival Kokurikulum SK Taman Putra Perdana tahun 2022 dalam suasana yang meriah dan meninggalkan  kenangan manis. Sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan dititipkan kepada semua guru.  Karnival ini ternyata sangat meriah dengan sokongan semua warga SK Taman Putra Perdana dan penyertaan murid. In sha Allah program ini akan diteruskan lagi dengan pelbagai acara dan menjadi program tahunan SK Taman Putra Perdana.                
Tahniah dan syabas💐.


Disediakan oleh:

Ustazah Faridatul-Akmal binti Ismail dan Cikgu Arjunawati binti Ahmad Nuze.

No comments:

Post a Comment