Saturday, November 5, 2022

Laporan Guru Bertugas Minggu ke-30 (Sesi Petang)

Tarikh : 31 Oktober 2022 - 4 November 2022

Hari : Isnin - Jumaat

Senarai nama guru bertugas kumpulan F:

1. Muhammad Hasbullah bin Zainal Abidin (K)

2. Rusmami bin Rusli (P)

3. Ahmad Junaidi bin Abdullah

4. Nor Maziah binti Abd Malek

5. Norhidayu binti Sadri

6. Nurazlin binti Mat Nor

7. Nur Malisha binti Omar

8. Siti Asiah binti Hanafi

9. Roslelawati binti Ibrahim


Laporan Perhimpunan:
- Guru-guru Kumpulan F telah menjalankan tugas dengan penuh semangat sepanjang minggu bertugas. Pelbagai aktiviti telah berlangsung dalam minggu tersebut.

Berikut disertakan aktiviti sepanjang minggu tersebut;

Perhimpunan rasmi (Isnin )
Tarikh : 31 Oktober 2022- 4 November 2022
Hari : Isnin
Masa : 1.00-1.30 petang
Pengacara majlis : Ahmad Junaidi bin Abdullah
Tema : Warna kuning
Tema ucapan : Budaya Malaysia

1. Majlis dipengerusikan oleh Cikgu Ahmad Junaidi yang dimulakan dengan nyanyian 4 buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu sekolah, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolahku Sejahtera. Keempat-empat lagu ini dikendalikan oleh guru bertugas iaitu Cikgu Rusmami.


Murid-murid berdiri tegak semasa nyanyian lagu kebangsaan.

2. Majlis diteruskan lagi dengan bacaan doa, ikrar murid dan ikrar keselamatan jalan raya.

Bacaan doa dipimpin oleh adik Muhammad Syafiq bin Sudirman

 

Bacaan ikrar murid diketuai oleh adik Raisha Nur
 Khadeeja binti Ahmad Fadlan



3. Laporan guru bertugas minggu ke-29 disampaikan oleh Cikgu Aizil Hashimi.


  •  Murid-murid diingatkan supaya membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan dan mengisi ke dalam tong yang lain sekiranya sudah penuh. Ini kerana ada kalangan murid yang membuang sampah di atas penutup tong sampah dan juga di luar tong kerana sudah penuh.
  • Murid-murid juga disarankan agar mengingati nama guru kelas masing-masing kerana masih ada yang tidak menghafalnya.
  • Selain itu, murid diminta untuk melatih diri supaya memberi salam kepada guru apabila berselisih atau bertembung. Ini amat digalakkan kerana budaya memberi salam ini masih kurang memberangsangkan dalam kalangan murid. Amalan ini bukan sahaja suatu perkara yang baik malah mencerminkan identiti sekolah sekiranya kita dilawati oleh pihak luar.
4. Perkataan LAWAD
  • Bahasa Melayu - Menatang ( membawa sesuatu di atas tapak tangan)
  • Bahasa Inggeris - Prosperity ( kemakmuran )
  • Bahasa Arab - Haatifun ( telefon )

5. Majlis juga menjemput Cikgu Siti Aisah untuk menyampaikan ucapan dan pesanan selaku Penyelaras Hari Kanak-kanak yang akan diadakan pada esok hari. Sebagai persediaaan untuk aktiviti esok, murid-murid digalakkan memakai pakaian mengikut tema dan diingatkan juga agar memakai pakaian yang sopan dan tidak mencolok mata. Murid tidak dibenarkan memakai pakaian yang ketat dan berlengan pendek sehingga menampakkan bahagian bawah lengan.


6. Sebelum usai majlis sedikit pesanan turut disampaikan oleh Penolong Kanan Petang iaitu Pn. Siti Raudah. Dalam ucapan beliau diselitkan tentang pemakluman berkaitan penghantaran lokar oleh pihak KPM. Walaupun lokar masih belum diserahkan kepada murid namun, murid dinasihatkan agar menjaga lokar dengan baik dan tidak merosakkannya apabila penyerahan dilakukan nanti. Sebarang maklumat tentang lokar akan dimaklumkan oleh guru kelas masing-masing.


Majlis usai tepat jam 1.30 petang. Murid bergerak naik ke kelas dengan teratur. 

Sambutan Hari Kanak-Kanak (Selasa )
Tarikh : 1 November 2022
Tempat : Dewan Perdana SKTPP


Turut disertakan buku program untuk Sambutan Hari Kanak-kanak  dan gambar sepanjang sambutan tersebut  ;

Buku Program Sambutan Hari Kanak-Kanak.
Sila klik link di bawah:



Gimik perasmian oleh Puan Guru Besar




Aktiviti semasa sambutan

Pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat aktiviti persekolahan berjalan seperti biasa. Tiada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.







Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh, 
Roslelawati binti Ibrahim 

No comments:

Post a Comment