Tuesday, November 1, 2022

Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Sekolah (Sesi Pagi)

Pada 1 November 2022 (Selasa), SK Taman Putra Perdana bertukar wajah seakan-akan taman tema apabila seluruh warganya berubah wajah menjadi karakter-karakter kartun kegemaran mereka sempena sambutan Hari Kanak-Kanak yang disambut meriah dan penuh warna warni.

Sambutan yang telah tertangguh selama dua tahun berikutan pandemik Covid-19 menjadikan sambutan kali ini lebih meriah dan 'happening'.

Acara bermula dengan perarakan tetamu kehormat dan para pentadbir dengan menaiki kenderaan ala dongeng cinderella ke dewan. Perarakan ini mendapat tepukan gemuruh oleh semua warga SKTPP.

Selesai bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Zunaidi bin Jinalabin, majlis diteruskan dengan ucapan wakil murid oleh Adik Dahlia Adriana binti Shahrul Nizam. Adik Dahlia mengucapkan "Selamat Hari Kanak-Kanak" kepada semua murid-murid SKTPP.

Seterusnya, Tuan Haji Khairul Azhar, YDP PIBG dalam ucapannya meluahkan rasa gembira melihat riak wajah murid-murid SKTPP yang sangat ceria dan teruja untuk menyambut Hari Kanak-Kanak.

Guru Besar SKTPP, Puan Hajah Rohaidah binti Mohd Ali merasmikan Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak dengan menitipkan pesanan kepada murid-murid SKTPP supaya sentiasa menjaga diri dan terus mengekalkan kecemerlangan semasa berada di SKTPP. 

 

Cik Roslinda dan Puan Nurliza selaku pengacara majlis

Bacaan doa oleh Ustaz Zunaidi

Ucapan wakil murid oleh Dahlia Adriana

Ucapan aluan oleh Tuan Haji Khairul Azhar (YDB PIBG)

Ucapan perasmian oleh Puan Hajah Rohaidah (GB)

Gimik Perasmian

Para Pemenang Pakaian Terbaik  Pra Mawar

Para Pemenang Pakaian Terbaik Pra Cempaka

Para Pemenang Pakaian Terbaik PPKI

Para Pemenang Pakaian Terbaik Tahun 4

Para Pemenang Pakaian Terbaik Tahun 5

Para Pemenang Pakaian Terbaik Tahun 6

 

Tokoh Kanak-Kanak PPKI

Nama: Nur Alesya Ammara Hana binti Mohd Redzuan

Tarikh Lahir: 26 Disember 2010
Pencapaian:
  1. Anugerah kecemerlangan Pelajar (Tempat Pertama Tahun Satu 2017)
  2. Pertandingan Bercerita e-Mahabbah 2020 (Tempat Ke-2 Peringkat Daerah) 
  3. Pertandingan Nyanyian e-Mahabbah 2022 (Tempat Ke-2 Peringkat Daerah)
  4. Kejohanan Sukan Tahunan SKTPP 2022, beliau telah merangkul 4 pingat emas kategori PPKI dalam acara 100 meter, Lontar Peluru, Lompat Jauh dan Lompat Tinggi. 
  5. Pertandingan Olahraga Peringkat MSSD Sepang 2022 kategori PPKI: Johan Lontar Peluru dan Tempat Ke-3 acara 4X100 meter.
  6. Pertandingan Olahraga Peringkat MSSS 2022 beliau telah mewakili Sepang dalam acara Lontar Peluru dan acara 4X100 meter.


Tokoh Kanak-Kanak Sesi Pagi

Nama: Muhammad Arshad bin Adly Anuar
Tarikh Lahir: 21 Mac 2010
Pencapaian:
  1. Johan pembentangan berkumpulan Klinik Kemahiran dan Keselamatan Kayuhan Berbasikal Peringkat Negeri 2022.
  2. Tempat Ke-3 Kuiz Keselamatan Jalan Raya Klinik Kemahiran dan Keselamatan Kayuhan Berbasikal Peringkat Negeri 2022. 
  3. Tempat Ke-3 e-Daie Cilik Lelaki Sekolah Rendah Peringkat Daerah Sepang 2022.
  4. 8A Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2021. 
  5. Tempat Ke-3 Anugerah Nilam Kategori Bahasa Inggeris Negeri Selangor 2021.
  6. Kumpulan Terbaik Anugerah Nilam Kategori Bahasa Inggeris Negeri Selangor 2021. 
  7. Mewakili SKTPP dalam Pertandingan STEM Online Challenge Peringkat Negeri 2022.
  8. Mewakili SKTPP dalam MSSS Akuatik 2019, 2020 dan 2022. 
  9. Aktif dalam menyertai pertandingan renang anjuran Persatuan Renang Amatur Selangor dan Malaysia sejak tahun 2018 hingga kini.

Majlis diserikan dengan pelbagai persembahan yang kreatif dan menghiburkan. Ayuh kita saksikan persembahan-persembahan mereka...


Mari kita saksikan corat-coret sepanjang Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak ini.


Sekalung penghargaan diucapkan kepada seluruh warga SKTPP yang bersungguh-sungguh menjayakan sambutan Hari Kanak-Kanak pada tahun ini. Semoga ianya menjadi suatu kenangan terindah buat kita semua.

Cantik sungguh si gadis sunti,
Duduk bersimpuh di tepi perigi;
Wajah gembira cantik berseri,
Hari Kanak-Kanak di SKTPP.

 Disediakan oleh,

Nor-Azura Mustafa
Norinna Mohamed

No comments:

Post a Comment