Friday, November 11, 2022

Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-31 (Sesi Pagi)

Tarikh: 7 - 11 November 2022

Hari: Isnin - Jumaat

Senarai nama guru bertugas:

1. Puan Norli binti Hassan (K)
2. Puan Astina binti Mahad Nor (P)
3. Puan Norsiah binti Mohd Nor
4. Puan Nik Kamisah binti Mohd Aziz
5. Puan Shahrul Rozaina binti Jelani
6. Puan Juli binti Mahbah
7. Encik Zurilazman bin Abdullah
8. Encik Mohd Ishak Shairazi bin Mohd Sauzi
9. Encik Muhammad Fakhrul Hafiz bin Awang
10. Puan Norinna binti Mohamed
11. Cik Claudia Jaqueline Charles Nelson


Laporan Perhimpunan Rasmi

Tarikh: 7 November 2022

Hari: Isnin

Masa: 7.30 - 8.00 pagi

Tempat: Dewan Perdana SKTPP

Tema warna: Coklat

Tema ucapan: Muafakat Membawa Berkat

1.0    Nyanyian, Bacaan Doa dan Bacaan Ikrar

  • Perhimpunan rasmi dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah. Nyanyian ketiga-tiga lagu dipimpin oleh Asyira Farisya binti Mohammad Asmal (6 Ibnu Thufail).
  • Bacaan doa dipimpin oleh Muhammad Akid Qaiqsh bin Mohd Zaidi (5 Sony).
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya diketuai oleh Encik Muhammad Fakhrul Hafiz bin Awang selaku pengacara majlis.
  • Bacaan Ikrar Murid diketuai oleh Nur Irdina Sofiy binti Mohammad Sharil (6 Ibnu Thufail).

2.0    Laporan Guru Bertugas Minggu Ke-30 disampaikan oleh Puan Noorayuni binti Abd Fatah

  • Memberi teguran kepada murid tentang aspek kebersihan diri:
    • Potong kuku tangan dan kaki setiap minggu.
    • Amalkan mencuci tangan.
    • Pakaian sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas.
  • Mengingatkan kepada murid supaya menutup suis kipas dan lampu semasa meninggalkan kelas untuk mengelakkan pembaziran.

3.0    Ucapan Guru Bertugas Minggu ini telah disampaikan oleh  Encik Muhammad Fakhrul Hafiz bin Awang

  • Muafakat membawa berkat bemaksud perkara yang dilakukan secara persetujuan semua pihak akan mendatangkan kebaikan.
  • Hidup hendaklah bermuafakat antara kaum keluarga, jiran tetangga dan rakan-rakan.
  • Amalan bermuafakat dan ringan tulang perlu dipraktikkan dalam kehidupan kita. Bergotong-royong, bantu-membantu dan bekerjasama dalam melakukan sesuatu kerja adalah contoh permuafakatan dalam masyarakat.
  • LAWAD pada minggu ini:
    • Bahasa Melayu: Cari Jalan - berikhtiar mengatasi masalah
    • Bahasa Inggeris: Lock - kunci
    • Bahasa Arab:  وسادة (wisaadatun) : bantal

4.0    Penyampaian Hadiah Majlis Apresiasi Program ADNI Daerah Sepang 2022

  • Ihtifal Lughawi Sekolah-Sekolah Rendah KPM (ILLS) - JOHAN
  • Mahrajan Al-Quran Sekolah-Sekolah KPM (MQQS) - TEMPAT KE-3
  • Festival Kesenian Islam (FKISS)

5.0    Ucapan Penyelaras PPKI, Puan Noor Hayati binti Yusof

  • Memaklumkan pada 9 November 2022 (Rabu) akan diadakan Hari Karnival Kokurikulum peringkat sekolah. Murid-murid dikehendaki memakai baju sukan atau t-shirt Unit Beruniform. 
  • Memaklumkan bahawa hari ini (Isnin) adalah hari terakhir untuk pendaftaran Perkhemahan Perdana Unit Beruniform yang akan dilaksanakan pada 12 November 2022 (Sabtu).
  • Mengucapkan tahniah kepada murid-murid yang sentiasa memakai pelitup muka sepanjang berada di sekolah. 
  • Mengingatkan murid-murid untuk mencatat Learn A Word A Day (LAWAD) dalam buku catatan.
  • Menasihatkan murid-murid agar sentiasa patuh dengan peraturan sekolah.
Zulfa Nadwa selaku pengacara majlis

Bacaan doa dipimpin oleh Muhammad Akid Qaiqsh

Ikrar Rukun Negara diketuai oleh Encik Muhammad Fakhrul Hafiz bin Awang

Ikrar Murid diketuai oleh Nur Irdina Sofiy


Ustaz Syed Farhan selaku pengacara majlis penyampaian hadiah




Ucapan Penyelaras PPKI, Puan Noor Hayati binti Yusof

Program/Aktiviti Sepanjang Minggu






No comments:

Post a Comment