Wednesday, November 16, 2022

Program “ENGLISH MONTH” SKTPP GOT TALENT 2022

Program “ENGLISH MONTH” merupakan program yang telah dirancang oleh Panitia Bahasa Inggeris dan disenaraikan dalam PSO Panitia bagi tahun 2022.

Tujuan program ini dijalankan ialah:

1. Meningkatkan tahap penguasaan murid dalam Bahasa Inggeris

2. Menarik minat murid untuk berbahasa Bahasa Inggeris

3. Mencungkil bakat dan kebolehan murid berbahasa Inggeris melalui aktiviti yang menyeronokkan

4. Medium promosi Bahasa Inggeris dalam kalangan warga SKTPP

Makluman Pelaksanaan Program

Tarikh : 15 & 16 November 2022

Hari   : Selasa & Rabu

Masa : 8.00 pagi hingga 10.30 pagi (Sesi Pagi)

            2.00 petang hingga 4.00 petang (Sesi Petang)

Tempat : Dewan Perdana

Sasaran : 4 orang murid dari setiap kelas (Tahun 4 - 6)


15 November 2022

Pada jam 8.00 pagi, peserta mula berkumpul di Dewan Perdana untuk sesi pendaftaran untuk sesi pagi manakala untuk sesi petang bermula pada jam 2.00 petang.




Pada jam 8.30 hingga 10.30 pagi, pertandingan nyanyian dimulakan. Untuk sesi petang pula, pertandingan dimulakan pada jam 2.30 petang.






Pertandingan nyanyian dimulakan oleh peserta-peserta dari tahun 4, diikuti oleh peserta-peserta dari tahun 5 dan diakhiri dengan peserta-peserta dari tahun 6. Untuk sesi petang pula, pertandingan dimulakan dari tahun 1, tahun 2 dan diakhiri dengan tahun 3.

Klik di sini untuk video penuh versi normal

Klik di sini untuk video penuh versi 360


16 NOVEMBER 2022

Pada jam 8.00 pagi, majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Zubair di dalam bahasa inggeris. Untuk sesi petang, bacaan doa dimulakan pada jam 2.00 petang.


Klik di sini untuk video Ustaz Zubair membaca doa

Pada jam 8.10 pagi, ucapan disampaikan oleh Ketua Panitia Bahasa Inggeris manakala untuk sesi petang pula, ucapan dimulakan pada jam 2.10 petang oleh Penolong Ketua Panitia Bahasa Inggeris.

Pada jam 8.20 pagi, ucapan disampaikan oleh Guru Besar, Puan Rohaidah binti Mohd Ali. Untuk sesi petang pula, ucapan disampaikan pada jam 2.20 petang oleh Guru Penolong Kanan Petang.


Klik di sini untuk mendengar ucapan Guru Besar, Puan Rohaidah binti Mohd Ali

Majlis diteruskan pada jam 8.30 pagi dengan persembahan peserta pertandingan Koakademik melalui Poem Recitation, Story Telling dan Choral Speaking.



Klik di sini untuk melihat video choral speaking, poem recitation dan story telling :

Majlis diteruskan lagi pada jam 8.50 pagi iaitu Majlis Penyampaian Hadian untuk peserta Koakademik Bahasa Inggeris 2022 dan pemenang SKTPP GOT TALENT 2022. Untuk sesi petang pula, majlis penyampaian hadiah dijalankan pada jam 2.30 petang.





Untuk melihat dan memuat turun semua gambar murid dan aktiviti, sila klik di pautan ini :

Pada jam 9.00 pagi, diadakan persembahan pemenang peserta SKTPP GOT TALENT 2022 untuk tahun 4, 5 dan 6. Manakala untuk sesi petang pula, persembahan pemenang dijalankan pada jam 3.00 petang untuk tahun 1, 2 dan 3.

Untuk melihat video pemenang SKTPP GOT TALENT 2022, sila klik di sini : 

Majlis bersurai pada jam 9.30 pagi untuk sesi pagi manakala sesi petang bersurai pada jam 3.30 petang.

Terima kasih kepada semua guru Bahasa Inggeris SKTPP yang terlibat. Semoga terus dedikasi dan sentiasa dipenuhi aura kejayaan demi anak-anak SKTPP pada masa hadapan.


Disediakan oleh : Encik Wan Faizol bin Wan Mat dan Encik Saifullah bin Mat Saufi

No comments:

Post a Comment