Tuesday, November 1, 2022

Sambutan Hari Kanak-Kanak (Sesi Petang)

     Kanak-kanak merupakan anugerah yang berharga untuk kita. Mereka juga ialah generasi yang bakal mewarisi dunia ini daripada kita. Merekalah yang bakal menjadi teraju pada masa hadapan. Oleh itu, amat bersesuaian sekali kita meraikan mereka dengan menyambut Hari Kanak-kanak peringkat sekolah yang merupakan satu acara wajib dilaksanakan di semua sekolah di Malaysia.

    Sambutan Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah SK Taman Putra Perdana telah diadakan pada ketetapan yang berikut:


Hari      : Selasa
Tarikh   : 1 November 2022
Masa     : 1.00 petang
Tempat : Dewan Perdana, SK Taman Putra Perdana
Tema     : Pakaian kartun

    Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Taman Putra Perdana, Pn. Hjh. Rohaidah bt Mohd Ali diiringi Guru Penolong Kanan Petang SK Taman Putra Perdana, Pn. Siti Raudah bt Hamid. 

    Berikut adalah foto-foto sepanjang Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak SK Taman Putra Perdana Sesi 2022 sesi petang:

Pengerusi Majlis memberi kata alu-aluan 

Ustaz Abdul Hafiz membaca doa

Ucapan wakil murid; Muhd Syafiq Syahmi bin Sudirman 3 Turquoise

Ucapan Guru Besar; Pn. Hjh Rohaidah bt Mohd Ali 

Gimik Perasmian



Pn Hjh Rohaidah bersama Pn Siti Raudah 

Guru-guru sesi petang bergambar dengan kereta kuda

Guru-guru berpakaian tema kartun

Murid Tahun 3 berpakaian kartun Mario

Murid Tahun 1 berpakaian Snow White dan baju kartun

Murid Tahun 2 berpakaian kartun Dragon Ball

Pemenang pakaian terbaik Tahun 1

Pemenang pakaian terbaik Tahun 2

Pemenang pakaian terbaik Tahun 3

Persembahan murid dari kelas 3 Zircon

Persembahan murid dari kelas 3 Topaz

Persembahan nyanyian solo dari Harraz Hareeth
bin Amir Nurrasyeed 1 Daihatsu 

 Persembahan lompat tali dari Muhammad
Daiyan Irfan bin Muhammad Hasrul 2 Merpati


                Tokoh Kanak-Kanak SK Taman Putra Perdana sesi petang tahun 2022 dianugerahkan kepada Muhammad Muaz bin Muhammad Romizam dari kelas 3 Zircon. Adik Muhammad Muaz merupakan anak ke-3 daripada 4 adik-beradik. Bapanya bekerja di Kementerian Kewangan, manakala ibunya suri rumah. Adik Muhammad Muaz bercita-cita menjadi pelari Malaysia. Adik Muhammad Muaz menjawat jawatan Pengawas Pusat Sumber Sekolah. Adik Muaz mempunyai pencapaian akademik, sahsiah, kepimpinan dan pelibatan luar yang sangat cemerlang. Antara pelibatan dan kejayaan tokoh kanak-kanak ini dalam aktiviti dan program sekolah ialah;

  1. Pelapis skuad olahraga SKTPP
  2. Juara acara 80 meter Sukan Tahunan SKTPP
  3. Naib Juara 4x80 meter Sukan Tahunan SKTPP
  4. Berlakon sebagai Ali Baba semasa Perasmian Bulan Pusat Sumber
  5. Sekolah SKTPP dan menyertai pertandingan nyanyian sempena Bulan Pusat Sumber.

Manakala antara aktiviti dan program di luar sekolah yang disertainya adalah Pertandingan Antarabangsa lumba jalan kaki Junior Development Programme (JDP) 2022 sebanyak 3 circuit bertempat di Stadium Majlis Sukan Negara Bukit Jalil.

Adik Muhammad Muaz menaiki kereta kuda 

Tokoh Kanak-kanak SK Taman Putra Perdana sesi petang
Muhammad Muaz bin Muhammad Romizan

Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali menyampaikan hadiah kepada
Tokoh kanak-kanak sesi petang 2022 diiringi oleh Pn Siti Raudah

Pn Hjh Rohaidah bersama dengan
Ayahanda dan bonda Muhammad Muaz menerima hadiah

    Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada semua barisan pentadbir, guru-guru sesi petang, ibu bapa dan penjaga atas kerjasama yang diberikan bagi menjayakan Majlis Sambutan Hari Kanak-Kanak SKTPP Sesi 2022. Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua AJK Hari Kanak-Kanak yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini terutamanya :

  1. AJK Banner -Mohd Rusydan bin Ismail
  2.  AJK Buku Program -Norziani binti Zubir, Syahirah binti Tumar dan ahlinya
  3. AJK Persiapan pentas dan hiasan – Nur Murni bt Abdullah, Norsiah bt Mohd Noor dan ahlinya
  4. AJK Video Tokoh- Noor Azlinda bt Kasmin dan ahlinya

Disediakan oleh: 

NURUL HANANI BINTI MOHAMAD KAMAL

No comments:

Post a Comment