Monday, May 8, 2023

Amalan Terbaik - Program 3S (Senyum, Salam & Sapa) Tahun 2023

Program 3S merupakan program yang telah dianjurkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling SK Taman Putra Perdana bagi tahun 2023. 

Program ini membentuk peribadi murid agar lebih meenghormati guru, kakitangan sekolah, rakan-rakan dan warga sekolah. 

Program ini selaras dengan hasrat KPM untuk melahirkan Anak Yang Baik lagi Cerdik (ABC) dan sekaligus mewujudkan suasana "Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera". 

Amalan 3S sewajarnya dipraktikkan oleh semua warga sekolah dalam membentuk hubungan yang teraputik dan suasana yang kondusif serta harmonis. Selain itu, ia juga dapat mengeratkan silaturrahim dan dapat mengenali dengan cara yang lebih erat. 

Majlis dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis oleh Pn. Arnny Yusnita bt Md Enarji. Seterusnya, taklimat ringkas amalan 3S oleh Pn Juli bt Mahbah selaku guru bimbingan & kaunseling SKTPP. Majlis diteruskan dengan ucapan perasmian oleh Guru Besar SKTPP, Pn Hjh Rohaidah bt Mohd Ali yang menyambut baik program Amalan 3S ini serta meminta semua pihak bekerjasama bagi menjayakan program ini. 

Berikut adalah rangkuman aktiviti sepanjang Amalan Terbaik -  Program 3S tahun 2023 : 

Poster Amalan Terbaik - Program 3S

Amalan 3S - mula dipraktikkan oleh guru

Majlis pelancaran program 3S telah disempurnakan dengan jayanya.

Amalan terbaik praktis 3S

Taklimat ringkas amalan 3S oleh Pn. Juli bt Mahbah

Murid-murid gembira praktis amalan 3S

Guru-guru membuat simulasi amalan 3S

Simulasi amalan 3S dalam kalangan murid

Secara keseluruhan, program 3S ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Semoga amalan terbaik Program 3S ini dapat dipraktikkan oleh semua warga SK Taman Putra Perdana bukan sahaja semasa program berlangsung, bahkan juga dalam kehidupan seharian.

Disediakan oleh : 

Pn Safinatunajakh bt Mat Som

No comments:

Post a Comment