Friday, May 5, 2023

Laporan Bertugas Minggu Ke-6 (Sesi Pagi)

Tarikh :    2 Mei – 5 Mei 2023
Hari    :    Selasa - Jumaat

Senarai Nama Guru Bertugas Kumpulan F:
1.   Pn. Azwani binti Mohamed Noordin@ Noordin
2.   Pn. Norbaizura binti Nordin
3.   En. Mohd Rusydan bin Ismail
4.   Pn. Nurliza binti Ab Rahman
5.   Pn. Noor Hanawati Alinda binti Abd Taib Puruji
6.   Pn. Noorayuni binti Ab. Fatah
7.   Pn. Azlina binti Mat Isa
8.   Pn. Mas Ayu binti Arifin
9.   Pn. Azwane binti Adnan
10. Pn. Fatin Huzaikka binti Abdul Aziz (cuti bersalin)
11. Pn. Noor Hayati binti Yusof

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua warga SKTPP.

Alhamdulillah, selamat kembali ke sekolah buat semua murid dan guru SKTPP. Minggu ini merupakan minggu ke-6 sesi persekolahan bagi tahun 2023 setelah bercuti selama seminggu sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri dan Cuti Pertengahan Penggal 1.

Pada minggu ini, hanya 3 hari sahaja hari persekolahan kerana sekolah bercuti pada hari Isnin, sempena Hari Pekerja (1 Mei 2023) dan Khamis, sempena Hari Wesak (4 Mei 2023). Disebabkan itu, tiada perhimpunan rasmi dijalankan pada minggu ini.

Oleh kerana cuaca panas dan kering yang melanda negara, murid-murid, guru-guru serta anggota kumpulan pelaksana (AKP) dibenarkan memakai baju sukan sepanjang sesi persekolahan. Institusi Pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diminta menangguhkan semua aktiviti luar yang melibatkan murid dan guru. Ini termasuklah aktiviti merentas desa, kawad, sukan dan permainan serta aktiviti pengajaran dan pembelajaran (PdP) luar bilik darjah.

Berikut adalah sisipan gambar-gambar aktiviti yang telah berlangsung pada minggu ke-6.

 Kehadiran murid di Pagar A


 Kehadiran murid di Pagar B

Ustaz Zubair memaklumkan mengenai Mesyuarat Agung Rumah Sukan yang diadakan sebelum rehat

Murid-murid berkumpul mengikut rumah sukan

Sedikit taklimat daripada Cikgu Tarmiji berkenaan disiplin selepas waktu rehat dan taklimat berkenaan Ahli Pandu Puteri Tunas oleh Ustazah Mawaddah

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung bagi menjayakan segala aktiviti yang telah dirancang pada minggu ini. 

 

Disediakan oleh:

Norbaizura binti Nordin.
Guru Bertugas Kumpulan F.

No comments:

Post a Comment