Friday, May 26, 2023

Laporan Bertugas Minggu ke-9 (Sesi Pagi)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berikut adalah laporan sepanjang minggu bagi Kumpulan C sesi pagi

Tarikh Bertugas : 22 Mei 2023 - 26 Mei 2023

Senarai Guru Bertugas (Kumpulan C):

  • Pn. Mazzaini binti Muda
  • En. Ahmad Musrizuan binti Daud
  • En. Syed Farhan bin Syed Abdullah
  • Dr. Mohd Azrul bin Mohd Mokhtar
  • En. Muhammad Afiq bin Azli
  • Pn. Rosmizawati binti Yusub
  • Pn. Faridatul Akmal binti Ismail
  • Pn. Junaidah binti Rus
  • Pn. Jamunarani Bhojan Rajan
  • Pn. Nur Murni binti Abdullah
  • Pn. Siti Fatimah binti Wan Yaacob
  • Pn. Nurul Iman binti Illyas
Selaras dengan arahan yang dikeluarkan oleh pihak KPM bahawa tiada aktiviti luar bilik darjah akibat cuaca yang panas, perhimpunan rasmi mingguan masih tidak dijalankan. Namun makluman penting masih terus disalurkan kepada murid-murid sama ada melalui guru kelas medium media sosial seperti telegram dan whatsapp kelas.

Namun begitu, tugasan guru bertugas masih berjalan seperti biasa seperti pemantauan di pintu pagar ketika murid tiba dan pulang. Berikut adalah beberapa gambar yang sempat diambil di Pagar A dan Pagar B;








Pihak sekolah turut menerima kunjungan pihak JKR pada hari Isnin (22 Mei 2023) bagi membincangkan proses menaik taraf pendawaian elektrik di beberapa bahagian  di dalam sekolah. Proses penambahbaikan akan bermula pada cuti persekolahan penggal 1 nanti.





Selain itu, Ujian Segak turut dijalankan pada minggu ini bagi murid Tahun 4.


Aktiviti kokurikulum pada minggu ini adalah sukan dan permainan. Aktiviti dijalankan secara offline di mana setiap unit memberi tugasan kepada murid untuk diselesaikan di rumah.

Pihak sekolah turut menerima kunjungan jururawat dari Klinik Kesihatan Dengkil untuk mengadakan ceramah berkaitan penjagaan kesihatan gigi di PPKI. Meskipun hanya ceramah tanpa melibatkan aktiviti amali menggosok gigi, murid kelihatan teruja dan seronok dengan maklumat yang disampaikan.



Alhamdulillah, dalam keterbatasan, pelbagai aktiviti dan program tetap dijalankan. Hasil kerjasama yang baik daripada seluruh warga SKTPP menjurus kepada kelancaran segala program dan aktiviti. Moga kerjasama yang terjalin akan berterusan dan lebih baik pada masa akan datang. 


Laporan disediakan oleh :
Puan Nurul Iman binti Illyas

No comments:

Post a Comment