Monday, May 8, 2023

Program Mentor Mentee Siri 1/2023

Program Mentor Mentee terus menjadi amalan berterusan di SK Taman Putra Perdana sejak dari Tahun 2013. Ini berdasarkan surat siaran Kementerian Pelajaran Malaysia Bilangan 3 Tahun 2013, KP (BPSH-SPKD)201/005/02 Jld.4 (42) bertarikh 18 Februari 2013. Staregi pelaksanaan Program Mentor Mentee dimulakan dengan Majlis Pelancaran Program Guru Penyayang - Simbolik Penyerahan Fail Mentor Mentee yang diadakan pada 3 April 2023.  Semua guru dan murid diberi penerangan mengenai konsep, objektif dan kepentingan pelaksanaan Program Mentor Mentee. Semoga program ini diharap dapat meningkatkan sahsiah diri murid dan secara tidak langsung akan dapat mengeratkan hubungan guru dan murid, di samping dapat mewujudkan perasaan kasih sayang, selesa, selamat dan sejahtera dalam kalangan murid. 

Maklumat berkaitan aktiviti Mentor Mentee pada hari ini:

Tarikh: 8 Mei 2023

Hari: Isnin

Masa: 8.30 pagi hingga 9.00 pagi / 2.00 petang hingga 2.30 petang

Sasaran: Semua murid termasuk murid Prasekolah dan PPKI

Tempat: Kelas masing-masing

Bidang:  Pembangunan Dan Perkembangan Sahsiah Diri Murid

Tajuk: Amalan 3S (Senyum, Salam, Sapa)

Objektif: Pada akhir aktiviti, mentee dapat:

1) Mengetahui cara melakukan amalan 3S (Senyum, Salam, Sapa)

2) Mengamalkan 3S (Senyum, Salam, Sapa) dalam kehidupan seharian

3) Mendidik diri agar berbudi bahasa, bersopan santun dan menghormati guru serta warga sekolah

Berikut merupakan gambar-gambar aktiviti Program Mentor Mentee yang sempat dirakamkan:




Bersama Mentor Pn Nurliza (4 Amethyst), Pn W Rosmawati dan Cik Azwane (4 Citrine) 

Bersama mentorPn Julaili (5 Nitrux), En Ahmad Zubair dan Pn Nik Kamisah (5 Solaris)

Bersama mentor, Pn Norazian (6 Sony), Pn Umi Nazrah & Pn Noriza (6 Vivo) dan Pn Norli (6 Nokia)








No comments:

Post a Comment