Friday, May 12, 2023

Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Peringkat SKTPP 2023


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Apa khabar semua? Harap semuanya sihat. Kena minum air masak banyak-banyak. Jangan terdedah dengan cuaca yang terlalu panas. Stay at home okey? Pada 12 Mei 2023 (Jumaat) Unit Guru Penyayang SKTPP telah menganjurkan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah. Semua murid bersama-sama semua guru dan juga pentadbir SKTPP menyambut hari raya secara sederhana namun tetap meriah hehehe..

Majlis ini juga dimeriahkan dengan kehadiran Yang Dipertua PIBG SKTPP iaitu Tn Hj Khairul Azhar bin Mohammad Suffian. Terima kasih Tn Hj atas kehadiran. Memandangkan keadaan semasa yang tidak mengizinkan, maka jamuan hari raya diadakan di kelas masing-masing sahaja. Alhamdulillah majlis berjalan lancar seperti yang dirancang. Semua murid sesi pagi dan sesi petang bergembira menyambut hari raya dengan pelbagai juadah yang dibawa dari rumah. Terima kasih 'parents'! Terima kasih juga kepada semua guru kelas yang bertungkus lumus menguruskan jamuan raya ini. Terima kasih juga kepada Unit Guru Penyayang SKTPP kerana berjaya menganjurkan majlis jamuan raya ini dengan baik. Terima kasih semua. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Moga kita berjumpa lagi pada hari raya tahun hadapan. In sha Allah. 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN


Ikhlas daripada

Warga SKTPP

No comments:

Post a Comment