Friday, May 12, 2023

Laporan Bertugas Minggu ke-7 (Sesi Petang)

Tarikh : 8 Mei 2023 hingga 12 Mei 2023

Hari : Isnin hingga Jumaat

Senarai nama guru bertugas :

1. Nor Amirulfitri bin Othman

2. Rozimah binti Yaakob

3. Azizah binti Ab Hamid

4. Nora Azean binti Che Othman

5. Norazmira binti Kadirun

6. Nor Rafini binti Othman

7. Norhana binti Nordin

8. Salmi binti Adnan

9. Rosmanini binti Rahim

10. Farhana binti Muhamad Fuzi


Barisan guru bertugas minggu ini.

Pohon beringin pohon cemara, Awal bismillah pembuka bicara. 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Minggu ini adalah minggu ke-7 persekolahan sesi 2023/2024. Warga SKTPP serta murid-murid hadir penuh semangat ke sekolah, berbekalkan harapan setinggi gunung, mengumpul setiap kenangan dalam pengalaman yang mampu digapai. 

Murid-murid dan guru-guru berkumpul di Dewan Perdana sebelum perhimpunan dimulakan. Majlis perhimpunan rasmi mingguan dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis, kemudian diikuti nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor dan lagu Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana. 

Ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis.

Majlis perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh saudara Muhammad Iyadh Qayyim bin Mohd Izzham. Puan Rohaidah binti Mohd Ali, Guru Besar SK Taman Putra Perdana menyampaikan sepatah dua kata pendorong semangat semua warga SKTPP.

Pimpinan bacaan doa oleh pengawas sekolah.

Ucapan Guru Besar SKTPP.

Seterusnya perasmian Program 3S (Senyum, Salam, Sapa) dijalankan serba ringkas disebabkan cuaca yang terlalu panas. Guru Besar dan para pentadbir bergambar bersama Ahli Jawatankuasa Program 3S. 

Perasmian Program 3S. 


Murid-murid bergerak ke kelas untuk aplikasi Program 3S bersama guru-guru mentor masing-masing. Berikut dilampirkan gambar-gambar pelaksanaan secara amali Program 3S di kelas bersama guru. 




Hari Selasa hingga Khamis berlangsungnya sesi pengajaran dan pembelajaran seperti biasa dengan lancar. Hari Jumaat pula SKTPP telah mengadakan jamuan sempena Hari Raya bersama murid-murid serta guru-guru. Jamuan pada tahun ini sedikit berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini kerana diadakan di dalam kelas oleh kerana cuaca panas. Walaupun sedikit berbeza namun tetap menjanjikan kemeriahan. Warga SKTPP sempat beraya dari kelas ke kelas. 

Taklimat oleh guru bertugas sebelum jamuan dimulakan. 






Kami mengucapkan terima kasih kepada Pn. Guru Besar dan Tn. Hj. Khairul Azhar, YDP PIBG yang sudi datang 'beraya' ke kelas-kelas kami. 

Alhamdulillah minggu persekolahan ke-7 ditutup dengan lancar tanpa sebarang masalah besar atau kemalangan. Walaupun terdapat beberapa hal kesihatan yang dialami oleh murid-murid namun dapat diuruskan dengan baik oleh para guru. Semoga SKTPP terus maju dalam segenap bidang. 


Disediakan oleh, 

Nor Amirulfitri bin Othman

No comments:

Post a Comment