Wednesday, April 18, 2012

INFO PPKI-TERAPI RENANG

PPKI SK Taman Putra Perdana telah mengadakan terapi renang bertempat di Kompleks Kolam Renang Presint 6,Putrajaya pada 4 dan 18 April 2012. Seramai 7 orang guru dan 23 orang murid terlibat dalam sesi terapi renang ini.

Diantara faedah yang diperolehi daripada terapi renang ialah:

1. Pergerakkan otot atas dan bawah anggota badan. Aktiviti air boleh membantu memberi input terhadap proprioceptive (kecepatan mahupun kemampuan menerima rangsangan) dan tactile (berkaitan dengan deria sentuhan) kanak-kanak autisme khususnya.
2. perkembangan koordinasi otot tangan dan kaki serta sistem pernafasan kanak-kanak. Ini kerana melalui aktiviti berenang, kanak-kanak perlu menggerakkan anggota badan mereka untuk membolehkan mereka bergerak dalam air.
3. Meningkatkan sistem kognitif. Kanak-kanak perlu menggerakkan beberapa anggota badan atau sistem pernafasan dalam satu masa.Dengan latihan renang yang berterusan, kanak-kanak berupaya menselarikan keseimbangan gerakan anggota badan dan sistem pernafasan untuk berada dalam keadaan “stabil”.

Penerangan ringkas oleh Cikgu Nurul Fakhri Bin Ali tentang aktiviti yang akan dijalankan.

Regangan badan sebelum aktiviti dilakukan.

Murid dibiasakan dengan kolam cetek terlebih dahulu.

Murid-murid dibawa ke kolam kanak-kanak yang lebih dalam.

Latihan menguatkan bahagian kaki

Cikgu Zaidi sedang menjalankan aktiviti bersama murid.

Santai sebelum balik.

Kami warga PPKI ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada PPD Sepang,barisan pentadbir,guru-guru,ibubapa dan penjaga serta murid-murid PPKI SK Taman Putra Perdana yang memberi sokongan sepanjang aktiviti terapi renang ini dijalankan.

2 comments: