Monday, April 30, 2012

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGU KE-17 (SESI PETANG)

Hari     : Isnin
Tarikh  : 30 April 2012
Masa   : 6.10 - 6.40 petang

  • Perhimpunan sesi petang dimulakan dengan nyanyian tiga buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu negeri Selangor dan lagu sekolah. 
  • Nyanyian telah dipimpin oleh Puan Salmi Amir. 
  • Adik Fathul Akbar telah memimpin bacaan doa.
  • Puan Rozana Aziz memimpin bacaan Ikrar Rukun Negara.
  • Ikrar murid telah dibaca oleh adik Husna Aqilah

Guru Bertugas
  • Fadhillah Talib
  • Salmi Amir
  • Hafiz Mohd Nor
  • Rozana Aziz
  • Yani Mohd Sharif
  • Nor Mazian Abd Malek
  • Nazahiyah Ab Rahman
 Laporan/ Ulasan Guru Bertugas (Puan Suzelawati)

  • Puan Suzelawati menegur tentang sikap murid 1 Neptune, 1 Marikh dan 1 Musytari yang telah masuk ke dalam kelas sewaktu masa rehat. Perlakuan ini adalah melanggar disiplin sekolah.
  • Murid-murid juga suka keluar dari kelas dan bermain-main di koridor semasa waktu pertukaran antara guru matapelajaran.
  • Terdapat beberapa buah kereta guru yang telah dicalar dan ditoreh oleh muriud-murid. Disebabkan hal ini, murid-murid adalah dilarang sama sekali bermain-main di kawasan parkir kereta guru.
Ucapan wakil Guru Bertugas (Puan Rozana)
  • Masa adalah amat berharga. Murid-murid diingatkan untuk tidak membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah.Guna waktu terluang untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.
  • murid Tahun 3 mesti mengguna masa yanga da untuk membuat ulangkaji kerana Peperiksaan Pertengahan Tahun akan berlansung pada minggu hadapan.
Penyampaian Hadiah Action Song 
Pasukan Action Song SkTPP telah mendapat tempat ketiga pada Pertandingan Action Song 2012 yang telah berlansung di SMK Dengkil pada 24 April 2012 yang lalu.

 Penyampaian Hadiah Pertandingan Keceriaan Kelas
  • Tahun 1
    • Pertama : Utarid
    • Kedua    : Musytari
    • Ketiga    : Uranus
  • Tahun 2
    • Pertama : Omega
    • Kedua    : Theta
    • Ketiga   : Beta
  • Tahun 3
    • Pertama :Wira
    • Kedua    : Waja
    • Ketiga   : Juara
 Lawad
  • Bahasa Melayu - eksperimen (ujian, penyelidikan)
  • Bahasa Inggeris - dinner (makan malam)
  • Bahasa Arab - mindilun (sapu tangan)
Pengumuman
  1. Cuti sempena Hari Pekerja pada Selasa
  2. Kokurikulum akan berjalan seperti biasa pada Rabu iaitu unit beruniform.
  3. Tasmek Tahun 3 akan berjalan seperti biasa pada Khamis iaitu pada jam 610 -640 petang.
Ucapan Guru Disiplin (Puan Yani)
  • Murid diingatkan untuk tidak berlari- lari semasa berada di dalam kawasan sekolah.
  • Kawasan dataran perhimpunan adalah kawasan yang dilarang untuk murid melintasinya. Murid mesti mengikut laluan koridor.
  • Sikap murid terutama yang duduk bersebelahan tingkap yang suka membuang sampah adalah amat dikesali.Diharapkan murid tidak mengulangi tingkahlaku ini.
Ucapan Penolong Kanan Petang ( Encik Rosdin bin Ibrahim)
Mengharapkan perubahan sikap yang positif di kalangan murid.




Perhimpunan ditamatkan tepat jam 6.40petang.

No comments:

Post a Comment