Thursday, April 26, 2012

PROGRAM TEKAD MEMBENTUK MATLAMAT


TARIKH : Selasa -24 April 2012
MASA : 10.00 pagi – 12.50 t/hari
TEMPAT : Bilik Mesyuarat, SK Taman Putra Perdana
PELAKSANA : Unit Bimbingan & Kaunseling dengan kerjasama Unit Disiplin

LATAR BELAKANG :
Program Tekad Membentuk Matlamat Fasa I  merupakan program tahunan bagi membina semula sahsiah diri murid di sekolah.  Ia merupakan satu program kepada murid demi kemenjadiannya sebagai seorang murid dari segi sahsiah diri , akademik dan kerjaya.


SASARAN PROGRAM :
Seramai 40 orang murid di yang telah dikenalpasti untuk menyertai program ini.  Pembahagian secara terperinci adalah seperti berikut:
                                                       i.            Murid tahun 2 seramai 4 orang
                                                    ii.            Murid tahun 3 seramai 11 orang
                                                 iii.            Murid tahun 4 seramai 4 orang
                                                  iv.            Murid tahun 5 seramai 2 orang
                                                     v.            Murid tahun 6 seramai 19 orang

Namun begitu, atas permintaan guru-guru, terdapat pertambahan peserta dalam program ini iaitu seramai 8 orang murid. Terdapat juga seramai 13 peserta yang tidak hadir kerana terlibat dengan pertandingan bola jaring, latihan bola sepak peringkat daerah dan murid yang memang tidak hadir ke sekolah.


ATUR CARA PROGRAM :

10.00pg-10.30pg           : Pendaftaran murid

10.35pg-10.45pg           : Bacaan doa

10.45pg-12.45t/hari      : Ice Breaking
                                 Ceramah motivasi 

12.45t/hari                     : Penutup/bersurai/jamuan

RINGKASAN PROGRAM :
Program ini telah bermula tepat pada pukul 10.30  pagi dengan bantuan dari semua AJK Pelaksana yang terlibat. Penglibatan murid juga telah diusahakan melalui surat jemputan dan peringatan demi peringatan.  Namun begitu, masih ada peserta yang tidak hadir. Kehadiran penceramah kali ini iaitu En Sharizal Bt Ahmad yang merupakan kaunselor dari SMK Puchong Batu 14 banyak memberi kesan kepada murid-murid.  Penekanan yang diberikan lebih kepada pengorbanan ibu bapa dalam membesarkan mereka bagi meneruskan persekolahan dan mendapatkan ilmu dalam bidang yang diminati oleh anak-anak.  Penekanan terhadap asal usul kejadian manusia juga berjaya menarik minat peserta untuk terus sama-sama menerokai perjalanan program ini.  TAHNIAH diucapkan kepada para peserta yang memberikan komitmen yang tinggi dalam program ini.

No comments:

Post a Comment