Wednesday, April 18, 2012

PERTANDINGAN KAWAD KAKI UNIT-UNIT BERUNIFORM


Pertandingan kawad kaki peringkat sekolah ini telah dijalankan pada ketetapan berikut:

Tarikh :    18 April 2012 
Hari     :    Rabu
Masa   :    2.00 – 5.00  petang
Lokasi  :    SK Taman Putra Perdana


PENGENALAN
Kawad kaki merupakan salah satu aktiviti asas dalam unit-unit beruniform seperti Pengakap, Bulan Sabit Merah Malaysia, Puteri Tunas, Puteri Islam, Tunas Kadet Remaja Sekolah, dan Pengakap PPKI yang ditubuhkan di Sekolah Kebangsaan Taman Putra Perdana. Pertandingan kawad kaki ini akan diadakan mengikut unit masing-masing dengan tujuan menggalakkan penyertaan seramai yang mungkin.

OBJEKTIF PROGRAM
Pertandingan kawad kaki ini dijalankan agar murid:
i.          boleh menambahkan pengetahuan tentang kemahiran kawad kaki.
i.          boleh mengaplikasikan kemahiran dalam satu-satu pasukan untuk memenangi pertandingan yang diadakan.
iii.        dapat melahirkan murid-murid  yang berdisiplin dan mempunyai daya kepimpinan.

AJK PELAKSANA
Penasihat
Sukimin bin Juki
Guru Besar

Pengerusi
En. Ahmad Fuadi bin Sarham
Penolong Kanan Kokurikulum

Setiausaha Kokurikulum
Tarmiji b. Sabali

Penyelaras
Mazzaini bt. Muda

Ahli Jawatankuasa
Ismarizal b. Ismail
Mahadir b. Midun
Jamillullail b. Junit
Norazura bt. Asir
Nik Kamisah bt. Mohd Aziz

Jurulatih Kawad
SEMUA GURU UNIT BERUNIFORM

PEMENANG PERTANDINGAN
Pertandingan ini telah disertai oleh 16 pasukan yang terdiri daripada 5 unit beruniform iaitu Pengakap,BSMM, Puteri Tunas, TKRS dan Puteri Islam.

Pasukan kawad terbaik dipilih dari setiap unit beruniform.  Pemenang bagi setiap kumpulan unit beruniform adalah seperti berikut:
Pengakap        - Kumpulan LEOPARD
BSMM             - Kumpulan CEMERLANG
Puteri Tunas    - Kumpulan MELUR
Puteri Islam     - Kumpulan RABIATUL ADAWIYAH
TKRS                - Kumpulan PUTERA

Sekalung tahniah kepada semua pemenang dan guru-guru yang melatih pasukan berkenaan.



LAPORAN BERGAMBAR

Pasukan TKRS

Komanden Puteri Islam membuat laporan

Pasukan Puteri Islam

Pasukan Tunas Puteri

Pasukan BSMM

Pasukan Pengakap

Ketua Komanden Pengakap memberi laporan

Pasukan Tunas Puteri



Minuman untuk peserta kawad disediakan




Penyampaian hadiah oleh Tn Guru Besar




Encik Sukimin bin Juki mengalungkan pingat kepada semua pemenang

kerja-kerja mengemas dijalankan oleh En Tarmiji dan En Fuadi setelah semua selesai

untuk lebih paparan gambar klik   di sini atau di sini

Acara pertandingan berakhir pada jam 5.00 petang.  Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua murid, guru dan individu yang terlibat dalam menjayakan acara pertandingan kawad kaki bagi tahun ini.  Semoga aktivirti ini dapat menanam sikap disiplin dan kerjasama dalam kumpulan untuk berjaya meraih kemenangan.


No comments:

Post a Comment