Thursday, May 23, 2013

BENGKEL PENGGUNAAN APLIKASI TABLET SEKOLAH (FASA 1)

Tarikh     : 22 Mei 2013
Hari        : Rabu
Masa      : 1.30 tengah hari - 3.30 petang


Satu bengkel tentang penggunaan aplikasi tablet (Nautica) sekolah telah diadakan di makmal komputer 1 SK Taman Putra Perdana. Seramai 17 orang guru dan 6 orang staf sekolah telah menghadiri bengkel ini. Bengkel ini bertujuan untuk memberi panduan kepada guru cara-cara memanfaatkan tablet dalam aktiviti pembelajaran di dalam kelas.

Agenda sepanjang bengkel:
a) Pengenalan tentang perkakasan dan perisian tablet.
b) Penerangan mengenai cara-cara menggunakan aplikasi "Play Store" untuk muat turun perisian.
c) Cara-cara tablet akan digunakan sewaktu pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
d) Kelebihan dan kekurangan yang perlu diatasi semasa penggunaan di dalam kelas.

Bengkel turut diserta oleh PPM Pendidikan Khas.

Sebahagian kumpulan guru dan staf sekolah.

Guru-guru sedang mencari aplikasi untuk dimuat turun.

Guru besar memberi bimbingan untuk menggunakan "Play Store".

Penerangan tentang penggunaan tablet daripada guru besar.

No comments:

Post a Comment