Tuesday, May 14, 2013

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN KE 19 ( SESI PETANG )


Hari : Isnin
Tarikh : 13 Mei 2013
Masa : 6.10- 6.40 petang

Guru Bertugas:
1. Shurhama bt Ahmad
2. Suriyana bt Salim
3. Salina bt Moha Tasu
4. Arjunawati bt Ahmad Nuze
5. Fadhilah bt Talib
6 Zabedah bt Othman
7. Maizara bt Mahad

Laporan
1.0 Bacaan doa, Nyanyian dan bacaan Ikrar
1.1 Bacaan doa oleh adik Ashraf Aqasha b. Mohd Fadzir
1.2 Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan Sekolah
1.3 Bacaan ikrar rukun negara dan ikrar jalan raya oleh Pn Arjunawati bt Ahmad Nuze.
1.4 Ikrar murid oleh adik Alya Fariha bt Azzairy
2.0 Laporan guru bertugas minggu lepas.( Pn. Marlisha bt Omar )
2.1 Peraturan selepas makan- masukkan pinggan atau gelas yang telah digunakan ke dalam bekas yang telah disediakan di kantin.
2.2 Murid tidak dibenarkan berlari ketika waktu rehat dan waktu bergerak ke kelas-kelas khas.
2.3 Makin ramai murid yang lewat datang ke sekolah sejak kebelakangan ini.
2.4 Pembaziran elektrik-pastikan kipas dan lampu ditutup sebelum meninggalkan kelas.
3.0 Perkataan LAWAD minggu ini
3.1 Bahasa Inggeris : female
4.0 Keceriaan Kelas Bagi Minggu ke 19
4.1 Tahun 1 – Anestesiologi ( Tempat Pertama)
Radiologi ( Tempat Kedua )
Respiratori ( Tempat Ketiga )

Tahun 2 - Marikh ( Tempat Pertama)
Zuhrah ( Tempat Kedua )
Musytari ( Tempat Ketiga )

Tahun 3 Zeta ( Tempat Pertama)
Theta ( Tempat Kedua )
Delta ( Tempat Ketiga )

5.0 Ucapan Guru Bertugas ( Pn. Arjunawati bt Ahmad Nuze )

Tema : Hargai Jasa Guru
Cara murid menghargai guru
5.1 Murid perlu menghormati guru.Contohnya murid mengucapkan salam dan selamat sejahtera ketika berjumpa guru.
5.2 Murid boleh menghargai guru dengan cara berdisiplin di sekolah.
5.3 Murid boleh menghargai guru dengan membuat kerja sekolah yang diberi oleh guru.
5.4 Murid boleh menunjukkan kasih sayang kepada guru.Murid boleh membantu guru dengan membawa buku-buku ke bilik guru. Murid juga boleh memberi hadiah kepada guru ketika Sambutan Hari Guru.

6.0 Ucapan Guru Disiplin ( Pn. ArnnyYusnita bt Md Enarji )
6.1 Kebersihan Diri – Bagi murid perempuan yang berambut panjang, mereka hendaklah mengikat rambut menggunakan getah rambut yang berwarna hitam dan putih sahaja.Tidak dibenarkan mengguna getah rambut yang berwarna-warni.Murid lelaki mestilah sentiasa berambut pendek.
6.2 Barang-barang hilang-Murid diingatkan agar menulis nama dan kelas pada botol atau barang-barang yang mereka bawa dari rumah.Ini memudahkan guru bertugas memulangkan barang-barang yang dijumpai.
    1. Kebersihan Kantin- Murid diingatkan membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan.
7.0 Pengumuman
7.1 Tasmek pada minggu ini akan berjalan seperti biasa.
7.2 Aktiviti ko-kurikulum pada minggu ini akan berjalan seperti biasa.

Perhimpunan tamat pada pukul 6.40 petang.

No comments:

Post a Comment