Thursday, May 16, 2013

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH SKTPP 2013


              Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan pada hari ini iaitu 16 Mei 2013 bermula jam 11.00 pagi sehingga 2.00 petang, bertempat di Dewan Perdana SKTPP bagi sesi pagi dan petang. 

             Acara dimulakan dengan sesi pemberian hadiah pada guru bagi murid sesi pagi. Kemudian, acara persembahan dari guru iaitu bacaan ikrar dan nyanyian Guru Malaysia. Selesai persembahan dari guru, ucapan perasmian oleh Guru Besar SK Taman Putra Perdana, En. Sukimin bin Juki. Seterusnya diikuti dengan acara potong kek dan pertukaran hadiah antara guru. Kemudian, diadakan pula acara cabutan bertuah. Acara akhir bagi sambutan Hari Guru adalah pemberian hadiah murid-murid sesi petang kepada guru-guru.

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang sambutan dijalankan.

Bacaan ikrar dari guru SKTPP yang di ketuai oleh Ustaz Mahadir Midun 
Persembahan nyanyian lagu Guru Malaysia dari guru SK Taman Putra Perdana
Guru Besar SK Taman Putra Perdana, En. Sukimin b. Juki memberi ucapan perasmian
Suasana sepanjang sambutan dijalankan
Hadiah bagi acara cabutan bertuah
Acara cabutan bertuah
Pemberian cenderahati kepada guru SKTPP dari pihak KKGK SKTPP
Hadiah pemberian murid-murid kepada Guru Besar, En. Sukimin Bin Juki
Acara pertukaran hadiah antara guru-guru SKTPP
Acara potong kek sempena Hari Guru peringkat sekolah SKTPP
Kek sempena sambutan Hari Guru






 



No comments:

Post a Comment