Monday, May 13, 2013

LAPORAN 'PEPTALK'


LAPORAN 'PEPTALK'
Pelapor                      : Pn. Roseniza Bt Setapa
Disampaikan oleh     : En Sukimin B. Juki (Guru Besar SK Taman Putra Perdana)
Kelas                          : 6 Kelicap dan 6 Helang
Tarikh                         : 13 Mei 2013
Masa                          : 8.15 pagi hingga 8.45 pagi.

Tajuk               : Berani Mengambil Peluang
·       Peluang yang disediakan oleh pihak sekolah.
§  Guru besar bertanyakan kepada murid yang hadir pada hari Sabtu lepas (11 Mei 2013) kerana pada hari tersebut pihak sekolah telah mengadakan Program Motivasi Tahun 6 Fasa II dan Karnival 1BestariNet Virtual Learning Environment.
§  Murid-murid diharapkan dapat merebut peluang dan menghargai peluang tersebut dengan melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang disediakan.
·       Peranan murid-murid untuk merebut peluang.
§  Guru besar mengingatkan murid-murid agar tidak bertangguh.  Murid-murid juga diingatkan tentang tarikh peperiksaan UPSR yang semakin hampir. Oleh itu, murid perlu merebut peluang yang ada untuk mengulang kaji.
§  Murid-murid juga digalakkan merebut peluang untuk mewakili sekolah.  Murid-murid perlu berfikiran positif tentang diri.
§  Peluang ada secara individu dan ada secara berkumpulan.  Contohnya murid bekerjasama membersih kelas untuk memenangi Kelas Terbersih Mingguan.
§  Sejak dari kecil kita dilatih untuk merebut peluang.  Contohnya mengutip sampah dan membuangnya ke dalam tong sampah, menolong guru yang membawa buku yang banyak, dan  tegur kawan yang tidak beratur.

·       Untuk mencipta peluang bukannya mudah,
§  Peluang yang mampu untuk menjaga diri sendiri dan menjaga orang di sekeliling.  Contohnya belajar bersungguh-sungguh, seterusnya mendapat pekerjaan yang baik dan dapat membentuk sahsiah diri yang disukai oleh orang lain sekali gus dapat membentuk kehidupan yang sempurna.
·       Sebagai penutup, Guru Besar menyarankan agar murid-murid merebut peluang kerana peluang tidak akan datang kali kedua.


Guru Besar menyampaikan amanat

Murid-murid khusyuk mendengar pesanan Guru Besar


Semoga yang disampai menjadi panduan

No comments:

Post a Comment