Thursday, May 23, 2013

HARI JALINAN MESRA SIRI 1/2013

Tarikh  : 23 Mei 2013
Hari      : Khamis
Masa    : 11.00 pagi hingga 2.00 Petang


Hari Jalinan Mesra ini bertujuan memberi peluang kepada para ibu bapa atau penjaga berinteraksi secara langsung dengan guru-guru kepada anak-anak di bawah jagaan mereka terutamanya guru kelas tentang perkembangan dan kemajuan pembelajaran anak masing-masing. Selain itu, kedua-dua belah pihak dapat bertukar-tukar pendapat dan buah fikiran mengenai isu-isu berbangkit.

Sesi pertemuan antara ibu bapa dan guru-guru bermula dari pukul 11.00 pagi sehingga jam 2.00 petang di kelas masing-masing. Ibu bapa mulai hadir ke sekolah dengan wajah yang ceria untuk mendapatkan pelaporan mengenai anak-anak dari tahun 1 hingga tahun 6 dan murid PPKI.

Aktiviti khusus dijalankan kepada murid-murid yang hadir ke sekolah seperti membaca buku, menjawab kuiz dan sebagainya. Aktiviti ini dikendalikan oleh guru-guru di Dewan Perdana. 

Kesimpulannya daripada program ini, ibu bapa atau penjaga sebagai pelanggan dan guru sebagai penyedia perkhidmatan harus menjalinkan kerjasama yang erat demi memajukan potensi diri pelajar agar dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, intelek dan jasmani. Semoga usaha ini mampu memberikan murid-murid SKTPP ke arah kehidupan dan persekitaran yang semakin mencabar pada masa hadapan.

Berikut adalah rakaman aktiviti sepanjang Hari Jalinan Mesra berlangsung


Ibu bapa yang hadir melihat papan kenyataan yang menunjuk
arah ke kelas

Ibu dan bapa dan guru berbincang mengenai perkembangan anak mereka

Pn. Nurrul Huda sebagai guru kelas tahun 1 Patologi

Guru yang menjaga

Murid-murid sesi pagi mengisi masa dengan membaca sambil
menanti ibu bapa  membawa mereka pulang
YDP PIBG turut hadir untuk berbincang dengan guru
mengenai perkembangan anaknya

Ibu murid tahun 6 Tiung bersama guru kelasnya Pn Noor Azila

Kaunter pembayaran yuran PIBG 

Pn. Normizawati 

Pn Azwani memberi penjelasan kepada ibu murid

Pn. Arjunawati melayan bapa murid

Pn. Noor Hafizan menerangkan pelaporan murid untuk
murid tahun 3 KSSR.


Ibu bapa sabar menunggu giliran masing-masing

No comments:

Post a Comment