Tuesday, May 21, 2013

Laporan 'Peptalk' Tahun Enam 20 Mei 2013

Penyampai: YDP PIBG, Tn Haji Khairul Azhar b Sofian
Sasaran: Kelas 6 Bangau & 6 Belatuk
Tajuk: Usaha Bersungguh-sungguh.

Pertama sekali, tuan penceramah mengucapkan salam dan selamat sejahtera kepada semua murid 6 Belatuk dan 6 Bangau.

Banyak panduan dan tip diberi oleh beliau kepada murid-murid agar berjaya dalam pelajaran dan kehidupan keseluhannya. Antaranya:

  • kuatkan tekad untuk mendapat 5A dalam UPSR sebagai hadiah kepada ibu bapa
  • ingatlah jasa dan pengorbanan ibu bapa
  • laksanakan tugas untuk belajar sebaik mungkin kerana murid-murid tidak perlu bekerja untuk mendapatkan wang sebelum pergi ke sekolah
  • tanamkan tekad untuk berjaya demi masa hadapan
  • elakkan cinta monyet pada zaman persekolahan kerana hal ini membuang masa
  • jadikan kejayaan Angkasawan Negara sebagai pencetus semangat untuk berjaya
  • semua murid mempunyai fizikal yang sempurna untuk belajar dan berusaha bersungguh-sungguh
  • kasihanilah ibu dan bapa yang bekerja mencari rezeki untuk anak-anak tidak kira siang dan malam
  • jadikan rakan-rakan yang berjaya naik ke pentas untuk menerima hadiah kecemerlangan sebagai contoh
  • masa yang tinggal 4 bulan menjelang UPSR masih mencukupi untuk berusaha bersungguh-sungguh
  • jangan bertangguh-tangguh untuk memulakan usaha
  • kena saling mengingati untuk berjaya 
  • berusahalah untuk menandingi kelas-kelas lain yang berada di hadapan
  • mesti ada buku dan tidak meninggalkan buku di rumah untuk memudahkan sesi pembelajaran dan pembelajaran
  • tunaikan kewajipan solat 5 waktu sehari semalam
  • berdoa kepada Allah memohon kejayaan
  • buat jadual belajar, patuhi jadual belajar sekurang-kurangnya 3 jam sehari
  • isi masa senggang dengan membaca nota pendek atau contoh karangan sebelum kelas agama PAFA
  • sentiasa fokus kepada pengajaran guru semasa di dalam kelas
  • usaha untuk mengubah sikap malas, terbalikkan perkataan 'malas' menjadi 'salam'
  • beri salam kepada ibu bapa dan rakan-rakan jika persaan 'malas' menguasai diri
  • mesti berazam untuk mendapat sesuatu yang besar dan tinggi seperti bergaji besar dan pekerjaan yang tinggi
  • jauhi gejala negatif seperti mencuri kerana dosa akan ditanggung oleh ibu dan bapa.
  • kasihanilah mereka yang melahirkan dan membesarkan murid-murid
  • siapkan semua kerja sekolah yang diberi oleh guru


Ribuan terima kasih diucapkan kepada YDP PIBG atas kesudian beliau mencurahkan ilmu kepada murid-murid Tahun 6 Bangau dan 6 Belatuk.

Laporan disediakan oleh,
Mazzaini bt Muda
Guru BM 6 Bangau.

No comments:

Post a Comment