Monday, May 13, 2013

LAPORAN PERHIMPUNAN MINGGUAN KE 19 ( SESI PAGI )

Hari    : Isnin
Tarikh : 13 Mei 2013
Masa   : 7.30pagi  - 8.00 pagi

Guru Bertugas
1. En Tarmiji Bin Sabali
2. Pn Khaironnajmi Bt Haron
3. Pn Norsiah Bt Mohd Noor
4. Pn Rosmaria Bt Idris
5. Pn Siti Rabiaah Bt Mohammad
6. Pn Nor Azura Bt Mohammad Asir
7. Pn Nor Syifa Bt Khadir
8. Pn Rozaitulikhma Bt Ab Razak

Laporan
1.0 Bacaan Doa, Nyanyian,dan  Bacaan Ikrar

1.1 Bacaan doa oleh Adik

1.2 Nyanyian lagu Negaraku, Negeri Selangor dan lagu sekolah

1.3 Bacaan ikrar rukun negara dan keselamatan jalan raya oleh Puan Nor Syifa Bt Khadir

1.4 Bacaan doa oleh pengawas Iman Firas Bin Zulhalmi

1.4 Bacaan ikrar murid oleh Ketua Pengawas iaitu Nur Anis Zarith Sofea Bt Zam Azizul


2.0 Laporan Guru Bertugas  Minggu Lepas ( Pn Azwani Bt Noordin)

2.1Disiplin murid - perlu patuh kepada peraturan. Murid banyak bermain pada waktu rehat, berkejar -    kejaran di belakang surau, bangunan dan longkang.

2.2 Pada hari Jumaat yang lepas ada murid patah tangan disebabkan terjatuh dihadang oleh kaki
      kawan. Oleh itu murid tidak boleh mengenakan kawan.

2.3 Pembaziran elektrik - pastikan suis lampu dan kipas ditutup sebelum keluar kelas.

2.4 Murid perlulah jaga kebersihan luar dan dalam kelas. Buang sampah ke dalam tong sampah


3.0  Perkataan LAWAD minggu ini.

3.1 Bahasa Melayu - fakir ( sangat miskin )

3.2 Bahasa Inggeris - landfill ( tapak pelupusan )

3.3 Arab - qollafa ( belakang )

4.0 Keceriaan Kelas Bagi Minggu ke 19

4.1 PPKI - Tempat Pertama - Inovatif ( guru kelas - Pn Nor Syifa )
                   Tempat kedua   - Proaktif  ( guru kelas-  En Srimahathevan )
                   Tempat ketiga   - Kreatif   ( guru kelas - Pn Salasiah )

4.2 Tahun 4 - Tempat Pertama - Wira ( guru kelas - Pn Norinna )
                       Tempat Kedua -  Waja ( Pn Nik Kamisah )
                       Tempat Ketiga -   Iswara ( Pn Rosmizawati )

4.3 Tahun 5 - Tempat Pertama - Seraya ( guru kelas - Pn Zaleha )
                       Tempat Kedua -  Almon ( Pn Noranismawati )
                       Tempat Ketiga -   Balau ( Pn Zailezah )

4.4 Tahun 6 -  Tempat Pertama - Tiung ( guru kelas - Pn Norasmawati )
                       Tempat Kedua -  Merpati  ( Pn Visva Vilasini )
                       Tempat Ketiga -   Merak ( Pn Maimunah )

5.0 Ucapan Guru Bertugas ( Pn Nor Syifa Bt Khadir )

Tema : Hargai Jasa Guru

Cara murid menghargai guru :
5.1 Murid perlu menghormati guru. Contohnya pelajar boleh mengucapkan selamat sejahtera apabila apabila berjumpa dengan guru. Pelajar juga tidak boleh sombong dengan guru.

5.2 Murid juga boleh menghargai guru dengan cara berdisiplin semasa di sekolah.
Disiplin sangat penting kerana boleh menjadikan murid berjaya dalam pelajaran.

5.3 Murid juga boleh menghargai guru dengan cara menyiapkan kerja sekolah mereka. Murid mesti menhantar kerja sekolah mengikut masa yang ditetapkan. Jika terdapat kesalahan dalam latihan, guru akan membetulkannya.

5.4 Murid boleh menunjukkan kasih sayang kepada guru. Pelajar boleh membantu guru dengan membawakan buku-buku guru ke bilik guru. Murid juga boleh memberikan hadiah kepada guru semasa sambutan hari guru pada 16 Mei.

6.0 Ucapan Guru Besar

6.1 Guru Besar menasihatkan murid agar tidak bertangguh untuk melakukan sesuatu kerja. Tidak membuang masa.

6.2 Guru Besar mengingatkan murid tentang Hari Guru yang disambut pada 16 Mei setiap tahun.

6.3 Guru Besar mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran ke Karnival Frogasia pada sabtu minggu lepas. Tahniah kepada murid yang memenangi cenderahati pada hari tersebut.

6.4 Kehadiran murid Tahun 6 untuk Program Motivasi Tahun 6 memuaskan.

6.5 Murid perlu pastikan berkorban untuk diri sendiri. Guru besar menegur perbuatan murid bergurau tidak kena tempat untuk mengenakan kawan. Contohnya menyembunyikan kasut rakan. Elakkan terpedaya dengan bisikan syaitan.

Perhimpunan tamat pada pukul 8.10 pagi.




Barisan guru yang bertugas pada minggu ini.
 Guru Besar menyampaikan hadiah kepada murid PPKI untuk kebersihan dan keceriaan kelas.








No comments:

Post a Comment