Monday, April 20, 2015

Majlis Pelancaran Program The Champion 2015

Majlis pelancaran Program The Champion telah disempurnakan oleh Tn Hj Khairul Azhar b Mohamad Suffian (YDP PIBG). Seramai 50 orang peserta telah terpilih dalam program ini.

Program The Champion ini merupakan satu gagasan idea daripada Tuan Zainureen b Hj Mohd Nor, Pengarah Pendidikan Selangor bagi mencapai target kecemerlangan peperiksaan UPSR Negeri Selangor 2015.

Program ini dilaksanakan oleh pentadbir sekolah dan guru bimbingan & kaunseling Daerah Sepang bagi memberi pendedahan, pengetahuan dan kefahaman agar segala perancangan program dapat dibuat tindak susulan iaitu pelaksanaan di sekolah masing-masing.

Objektif utama program ini ialah :

i)   Memastikan Daerah Sepang mencapai 12% calon mendapat semua 5A UPSR Tahun 2015
ii)  Memastikan Negeri Selangor mencapai kedudukan sepertiga teratas peperiksaan UPSR di         peringkat kebangsaan Tahun 2015
iii) Menjadikan PdP abad ke-21 pemangkin ke arah "Selangor Maju Akademik Terbilang' (SMAT)

Berikut gambar sepanjang majlis pelancaran...


Buku Program
Ucapan Pengerusi Majlis
Ucapan perasmian oleh Yang Dipertua PIBG
Simbolik pelancaran
Barisan peserta The Champion
"Semoga Berjaya "

Disediakan oleh,
Arzah Hussin

No comments:

Post a Comment