Saturday, April 11, 2015

Program Pemantapan Keluarga (Family On Alert - FOA)

          Keluarga bermasalah adalah keluarga yang mempunyai krisis yang meruncing dalam rumah tangga akibat daripada masalah keluarga (Utusan Malaysia, 27 September 1990 : 12). Krisis-krisis ini kemudiannya telah menimbulkan berbagai keadaan negatif dalam perhubungan keluarga tersebut. Keadaan negatif ini boleh mencetuskan suasana kelam kabut dan tidak terurus di dalam sesebuah keluarga. Coleman dan Cressey (1993) menyenaraikan beberapa masalah keluarga seperti perceraian, penjagaan anak-anak, penderaan kanak-kanak, keganasan rumah tangga, keluarga tunggal, ibubapa bekerja sepenuh masa dan konflik keluarga.

          Sehubungan itu, pihak PIBG dengan kerjasama Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Sepang dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Selangor telah mengadakan Program Pemantapan Keluarga (FOA) pada hari Sabtu,11 April 2015 bertempat di Dewan Perdana SK Taman Putra Perdana bermula jam 8.30pagi sehingga jam 12.45 tengah hari. Program ini selain berkongsi tips bersama para penceramah bagaimana untuk memantapkan keluarga, diharapkan dapat mengelakkan masalah dan krisis keluarga daripada mengancam ketenteraman sesebuah keluarga. Bahkan sebuah keluarga yang bahagia sudah pasti akan menjauhi daripada gejala sosial dan dadah..

        Syukur ke hadrat Illahi dengan izin dari-NYA program ini berjalan dengan lancar tanpa halangan dan sebarang masalah. Berikut adalah antara slot-slot yang telah disampaikan dan sedikit rakaman gambar semasa hari kejadian.

9.00 pagi    – Slot 1 : Senario Semasa Jenayah Sosial
                    (Penceramah : Pegawai IPD Sepang)

10.30 pagi  – Slot 2 : Cabaran Mendidik Anak-anak
                     (Penceramah : Pegawai JKM Selangor)

11.45 pagi -  Slot 3 : Komunikasi Berkesan Dalam Mendidik Anak-anak     
                     (Penceramah : Pegawai LPPKN Selangor)



Pendaftaran guru-guru dan pihak PIBG SK Taman Putra Perdana.
Buku program
 
Penceramah telah disediakan dan ditaja oleh pihak AADK
Doorgift ditaja oleh JKM - terima kasih
GB bersama pegawai AADK dan JKM
Kiosk jualan PPDa

Pameran AADK
Mc - pihak AADK
En. Firdaus selaku pengacara majlis
Ucapan aluan YDP PIBG - Tn. Hj. Khairul Azhar
Ceramah 1 - Senario Semasa Jenayah Sosial oleh Tuan Mahazir dari Jabatan Narkotik IPD Sepang
GB bersama Pn. Hjh Norlia bt. Daya wakil dari JKKD, mantan GB pertama SKTPP
Penyampaian cenderahati kenangan
Ceramah yang disampaikan oleh En.Ramesh Al Subramaniam, Penolong Pengarah Kaunseling dari Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor. Slot ini bertajuk "Cabaran Mendidik Anak dan Cara Mengatasinya". Peserta dibahagikan dalam kumpulan dan berbincang tentang tajuk dan seterusnya membentangkan hasil perbincangan serta berkongsi pengalaman masing-masing.



Slot : Komunikasi dalam mendidik anak-anak disampaikan oleh Pn.Fauziah Hj.Yahya

Sedikit ilmu yang dapat diperolehi daripada ceramah beliau :
Sebab kita mesti bercakap : -untuk menyampaikan maklumat
                                                  -meluahkan hasrat hati
                                                  -memahami orang lain

Jenis Komunikasi yang Digunakan :  -Lisan
                                                                -Bukan lisan
                                                                -Simbolik
                                                                -Isyarat



Penyampaian cenderahati kepada penceramah.

    

No comments:

Post a Comment