Wednesday, April 22, 2015

Program Guru Penyayang - Mentor Mentee

Pelaksanaan program Mentor Mentee untuk kali kedua bagi tahun 2015 telah dilaksanakan pada ketetapan berikut:

Tarikh    : 22 April 2015 (Rabu)
Masa       : 12.50 tengah hari - 1.20 petang
Tempat : Kelas masing-masing

Tajuk Aktiviti : Pengurusan Emosi (Kemarahan)

Aktiviti untuk kali ini lebih menfokuskan kepada cara murid-murid mengawal emosi dan kemarahan dengan bijaksana. Setiap kelas dibahagikan kepada 2 kumpulan dan diketuai oleh seorang mentor.

Objektif aktiviti ini :

1 ) Mentee dapat mengawal emosi semasa bergaul dengan rakan-rakan.
2) Mentor dapat mengenalpasti kesan daripada kemarahan yang wujud dalam kalangan mentee.
3) Mentee dapat berfikir secara rasional apabila wujud sebarang konflik di antara mereka.

Sebahagian gambar  yang sempat dirakamkan sepanjang pelaksanaan program....

Setiap kelas dibahagikan kepada 2 kumpulan. Setiap kumpulan dipantau oleh seorang mentor.
                                       
Puan Zailezah sebagai mentor menerangkan aktiviti yang perlu dilakukan oleh murid-murid.

Seorang murid membentangkan hasil perbincangan kumpulan mereka.
Murid-murid sedang berbincang cara pengurusan emosi sambil dibantu oleh Puan Julaili.
Wakil kumpulan membentangkan hasil perbincangan mereka.
En Hafiz memberi penerangan berkaitan aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh murid-murid. 
Murid-murid khusyuk mendengar nasihat daripada mentornya Puan Visva. 

No comments:

Post a Comment