Tuesday, January 2, 2018

Laporan Perhimpunan Hari Pertama Persekolahan 2018 (Sesi Pagi)

Tarikh: 2 Januari 2018
Hari: Selasa
Masa: 7.20 pagi
Tempat: Dataran Perhimpunan SKTPP
Pengacara Majlis: Cik Roslinda binti Mansur
Senarai Guru Bertugas:
1. Cik Roslinda binti Mansor
2. Puan Nurliza binti Ab Rahman
3. Encik Mahadir bin Midun
4. Puan Noriza binti Md.Nor
5. Cik Mawaddah binti Kamarulzaman
6. Puan Norasmawati binti Omar
7. Puan Rafidah binti Salleh
8. Puan Juli binti Mahbah
9. Puan Faridatul Aini binti Alias
10. Cik Syahirah binti Tumar

Barisan guru bertugas minggu pertama 2018
Agenda Perhimpunan:

1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
  • Nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Selangor, Lagu Sekolah dan Lagu Aku Negaraku. Rangkaian 4 buah lagu ini bawah pimpinan Pn Astina binti Mahad Nor.
  • Bacaan Doa oleh Ustaz Mahadir bin Midun. 
  • Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Cik Roslinda binti Mansor
  • Bacaan Ikrar Murid oleh Adik Nurin Adlina binti Hassan

2. Ucapan Pengerusi Majlis (Cik Roslinda binti Mansor)
  • Semua murid yang menghadapi masalah pada minggu ini, bolehlah berjumpa atau berhubung dengan guru-guru bertugas yang telah diperkenalkan.
  • Semua murid perlu ada buku LAWAD (Learn A Word A Day) untuk mencatat perkataan LAWAD. Buku catatan LAWAD tersebut perlu dijaga dengan baik, perlu ditulis dengan kemas kerana akan ada pemeriksaan mengejut sama ada murid mencatat atau tidak.

3.  Perkataan LAWAD
Bahasa Malaysia: Ada Bakat
Bahasa Inggeris: Curiosity
Bahasa Arab: Matbakhun

4. Ucapan Guru Disiplin (Tn Hj Tarmiji  bin Sabali)
- Semua murid perlu hadir ke sekolah tepat pada waktunya iaitu sebelum pukul 7.20 pagi. Murid-murid yang lewat sampai ke sekolah akan direkodkan namanya. Walau bagaimanapun punca kelewatan akan diambil kira sebelum diputuskan sebagai lewat.
- Penggunaan  pintu pagar sekolah:
  • Pintu Pagar A1: Dikhususkan untuk murid-murid yang berjalan kaki / kenderaan guru / kenderaan pelawat
  • Pintu Pagar A2: Dikhususkan untuk murid-murid yang berbasikal
  • Pintu pagar B: Dikhususkan untuk murid-murid yang menaiki kenderaan seperti kereta, van, bas dan motosikal.
Guru Disiplin, Cikgu Tarmiji bin Sabali
5. Ucapan PK Hal Ehwal Murid (Pn Rosmah binti Jamat)
  • Murid-murid dingatkan supaya sentiasa peka dan patuh akan peraturan sekolah
  • Semua murid perlu membalut buku teks yang dipinjamkan.
  • Pergerakan murid dari kelas ke bilik-bilik khas perlu dalam keadaan yang teratur.
PK Hal Ehwal Murid, Pn Rosmah  binti  Jamat
6. Ucapan YDP PIBG (Tn Hj Khairul Azhar bin Muhammad Suffian)
- Sebelum ke sekolah, murid-murid dinasihatkan untuk mengambil sarapan pagi
- Tips ringkas semasa berdiri lama bagi mengelakkan pitam iaitu gerakkan ibu jari kaki dan juga jari-jari yang lain.
YDP PIBG, Tn Hj Khairul Azhar bin Mohammad Suffian
7. Ucapan Guru Besar (Pn Hjh Rohaidah binti Mohd Ali)
  • Semua murid perlu menjaga disiplin dan sentiasa ikuti arahan guru
  • Memperkenalkan barisan pentadbir SKTPP
  • Mengumumkan keputusan pertandingan Bilik Sumber PPDa Peringkat Kebangsaan 2017, SKTPP telah menerima Anugerah 5 BINTANG Peringkat Kebangsaan
  • Pada tahun 2018, SKTPP akan meneruskan lagi penyertaan pertandingan Pusat Sumber Sekolah. Pusat Sumber Sekolah SKTPP telah diberi nama "Ujana Ilmu" sejak tahun lepas.
Guru Besar, Pn Hjh Rohaidah binti Mohd Ali
Gambar-gambar kenangan yang lain semasa perhimpunan hari pertama persekolahan 2018:




Perhimpunan tamat pada pukul 8.40 pagi

No comments:

Post a Comment