Monday, January 29, 2018

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-5 (Sesi Pagi)

Hari    : Isnin
Tarikh : 29 Januari 2018
Masa   : 7.30 - 8.30 pagi
Tempat : Dewan Perdana, SKTPP

Guru bertugas :
1. Norziani binti Zubir
2. Ahmad Zubair bin Haji Muhamad Taib
3. Maimunah binti Yob
4. Azlina binti Mat Isa
5. Nurulhuda binti Yaacob
6. Nor-Azura binti Mustafa
7. Faridatul Akma binti Ismail
8. Norbaizura binti Nordin
9. Muhammad Afiq bin Azli

Agenda Perhimpunan:

1. Nyanyian lagu Negaraku, lagu negeri Selangor, lagu Sekolah dan lagu Aku Negaraku

2. Bacaan doa oleh adik Aiman

3. Bacaan ikrar Rukun Negara dan  ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Ustazah Norziani binti Zubir

4. Bacaan ikrar murid

Laporan Guru Bertugas (Puan Julaili binti Onian)

1. Puan Julaili binti Onian mengingatkan murid mengenai penjagaan kebersihan ketika berada di kelas, kantin dan seluruh kawasan sekolah. Murid diingatkan agar membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan agar murid dapat belajar dengan kondusi yang sihat.

2. Murid juga diingatkan mengenai penjagaan keselamatan diri sepanjang sesi latihan Sukan Tahunan dijalankan. Murid dinasihat supaya memakai pakaian yang sesuai ketika melakukan latihan sukan.

3. Murid diingatkan supaya sentiasa cakna dengan jadual latihan sukan mengikut rumah sukan masing-masing supaya tidak tertinggal daripada latihan yang sepatutnya diikuti.

Memperkenalkan guru-guru bertugas :

Barisan Guru Bertugas Minggu ke-5

Ucapan Pentadbir (Puan Norhamizah binti Hamzah - PK PPKI)

1. Puan  Norhamizah mengingatkan semula murid-murid mengenai tarikh Hari Sukan Tahunan ke-15 SKTPP yang akan diadakan pada 3 Februari 2018 bersamaan hari Sabtu.

2. Murid juga dinasihat supaya memberi sepenuh kesungguhan dalam setiap acara yang diikuti kerana Sukan Tahunan sekolah adalah lubuk guru-guru mencari murid yang mempunyai bakat untuk diketengahkan dalam pertandingan-pertandingan peringkat daerah.

3. Murid juga dinasihat supaya menjaga disiplin sepanjang sesi latihan sukan dijalankan. Murid sama sekali tidak dibenarkan naik ke kelas ketika sesi latihan dijalankan untuk mengelakkan sebarang kecelakaan berlaku.

4. Terdapat sebilangan murid yang mengambil kesempatan atas kesibukan guru-guru mengatur aktiviti latihan sukan di padang dengan bersiar-siar dalam kawasan sekolah dan tidak mengikuti latihan sukan yang dijalankan.

5. Murid diingatkan untuk selalu menjaga adab dan tingkah laku ketika aktiviti sukan dijalankan.

Dari kiri: Puan Norhamizah diikuti Puan Norziani dan Puan Julaili 
ketika memberi kata-kata nasihat

Penyampaian Hadiah dan Medal

1. Penyampaian hadiah dan medal untuk murid yang mewakili sekolah ke Pertandingan Merentas Desa MSSD Sepang 2018 pada 24 Januari 2018 bersamaan hari Rabu di SMK Pantai Sepang Putra.

2. Keputusan  pertandingan:

    Kategori Pendidikan Khas
    - Muhammad Hafiz bin Suhaimi (ke-2)
    - Muhammad Aiman bin Norisyam (ke-6)
    - Irfan bin Ahmad Ridzuan (ke-7)
    - Ameera Aqilah binti Azri Amir (ke-9)
    - Nur Aliya Marissa binti Samsul Anuar (saguhati)

    Kategori Aliran Perdana
    - Syed Afdal Afiq bin Syed Norizan (ke-2)
    - Khirul Ikhwan bin Zulkifli, Mohd Aqiel Syahmi bin Anas Solihin, Iman Harith Danish bin Khairul Anuar, Mohd Hannif Hafiy bin Norhisam dan Ahmad Zarif bin Zamrie Risman (ke-2 berkumpulan)
    
 3. Penyampaian hadiah disampaikan oleh YDP PIBG SKTPP, Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian

Peserta Kategori Pendidikan Khas bersama pentadbir

Peserta Kategori Aliran Perdana bersama pentadbir

Pelancaran Program 5 Minit Membaca Peringkat Sekolah 2018 dan Pameran Buku-Buku Baharu

♧ Dilancarkan oleh YDP PIBG SKTPP Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian.

♧ Bertujuan memupuk semangat suka membaca dalam kalangan murid dan warga SKTPP

Buku program pelancaran

Guru Besar, Puan Rohaidah binti Mohd Ali bergambar kenangan bersama YDP PIBG Tuan Haji Khairul Azhar bin Mohammad Suffian.
                                                           
Disediakan oleh,
Ahmad Zubair bin Haji Muhamad Taib

No comments:

Post a Comment