Monday, January 8, 2018

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-2 (Sesi Pagi)

Tarikh: 8 Januari 2018
Masa: 7.30 - 8.00 pagi
Guru Bertugas: 
  1. Pn. Norinna Bt Mohamed
  2. Pn. Norliza Bt Ali@Yassim
  3. Pn. Noor Hanawati Alinda Bt Abd Taib Puruji
  4. Pn. Roslina Bt Jafar
  5. Pn. Azwani Bt Mohamed Noordin
  6. Pn. Umi Nazrah Bt Saharoni
  7. Pn. Arnny Yusnita Bt Mat Enarji
  8. Cik Komagal a/p Kunaisekaran
  9. Srimahathevan a/l Vadivelu
 10. Ahmad Mustafid B Mat Sharif

Laporan Perhimpunan:

Perhimpunan sekolah dijalankan di Dewan Perdana disebabkan hujan. Agenda perhimpunan adalah seperti berikut:
1. Bacaan doa oleh pengawas bertugas - Muhammad Haziq Aiman Bin Hamdan (6 Patologi)
2. Nyanyian lagu 'Negaraku', lagu 'Negeri Selangor', lagu 'Sekolah' dan lagu 'Aku              Negaraku'.
3. Bacaan ikrar Rukun Negara oleh En. Ahmad Mustafid Bin Mat Sharif.  Manakala bacaan ikrar murid oleh pengawas bertugas Nurin Adlina Bt Hassan.
4. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Cik Rosalinda Bt Mansor;
  • Murid masih keliru berkaitan tatacara beratur semasa membeli makanan di kantin. Murid perlu beratur mengikut label yang telah diletakkan, iaitu label barisan untuk murid lelaki dan label barisan untuk murid perempuan.
  • Terdapat murid bermain baling ais pada rakan-rakan. Guru berharap perkara tersebut tidak berlaku lagi dan menasihatkan murid supaya makan dan minum dengan tertib.
  • Peringatan pada murid yang masuk melalui pintu pagar A, supaya berjalan di laluan yang telah ditetapkan. Para guru pula diingatkan supaya memperlahankan kenderaan semasa memasuki / keluar menggunakan pintu pagar A
Laporan guru bertugas minggu lepas -  Cik Rosalinda

 5. Ucapan guru bertugas oleh En. Ahmad Mustafid B. Mat Sharif
  • Guru bertugas memperkenalkan barisan guru bertugas pada minggu ini. Sekiranya ada apa-apa berlaku pada minggu ini boleh berjumpa dengan guru bertugas yang telah dinyatakan.
Barisan Guru Bertugas Minggu Ke-2

  • Ucapan guru bertugas berkaitan tema - Peraturan Sekolah 1
  1. Pakaian Seragam Sekolah
- Murid Lelaki
a) Kemeja putih berlengan pendek, berwarna putih jenis kain kapas dan berbutang kecuali di bahagian leher.
b) Seluar panjang berwarna biru tua,
c) Tali pinggang hanya dibenarkan berwarna hitam/biru tua

- Murid Perempuan
a) Baju kurung berwarna putih kosong dan dibutang di bahagian leher,
b) Kain berwarna biru tua,
c) Tudung kepala berbentuk mini telekung berwarna putih. Kerongsang tidak boleh dipakai pada bahagian tudung, atau
d) Blaus putih berlengan pendek berwarna putih jenis kain kapas dan berbutang kecuali di bahagian leher,
e) Pinafore/skirt berwarna biru tua dan labuh skirt hendaklah sampai di bawah lutut.

    2. Pakaian Sukan / Pendidikan Jasmani
a) Kemeja-T Pendidikan Jasmani sekolah atau kemeja-T mengikut warna rumah sukan. Berseluar panjang trek (track bottom) berwarna hitam atau biru tua.
b) Murid dibenarkan memakai pakaian sukan sepanjang hari persekolahan, sekiranya pada hari tersebut murid mempelajari subjek Pendidikan Jasmani dan aktiviti-aktiviti lain yang ditetapkan oleh pihak sekolah.

(Rujuk Buku Peraturan Sekolah)

Ucapan Guru Bertugas - En. Ahmad Mustafid

6. Ucapan Pentadbir: (PK Pentadbiran - Pn. Azizah Bt Mokhlas)

  • Peringatan buat murid-murid supaya bersemangat dan fokus pada pembelajaran.
  • Hadir ke sekolah awal pagi sebelum jam 7.20 pagi.
  • Pastikan segala peralatan untuk pembelajaran telah mencukupi dan dijaga dengan baik.
Ucapan Pentadbir - Pn Azizah Bt Mokhlas (PK Pentadbiran)

7. Pelancaran Program Guru Penyayang 2018
  • Dimulakan dengan bacaan doa oleh En. Ahmad Zubair B. Haji Muhammad Taib
  • Pengacara Majlis oleh Pn. Arnny Yusnita Bt Md Enarji
          - Objektif Progam Guru Penyayang adalah seperti berikut;
          1. Membentuk karektor serta sahsiah diri murid yang disenangi oleh warga sekolah.
          2. Mewujudkan satu suasana yang harmoni antara guru dan murid selaras dengan        keperluan semasa
          3. Menimbulkan rasa dihargai dan diterima dalam kalangan murid. 

          - Terdapat 3 aktiviti Program Guru Penyayang; iaitu
          1. Mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah
          2. Aktiviti Mentor Mentee
          3. Sambutan Hari Lahir Murid mengikut bulan.
  • Perasmian dan pelancaran program Guru Penyayang 2018 oleh Pn. Rohaidah Bt Mohd Ali, Guru Besar SKTPP. 
Ucapan perasmian pelancaran Program Guru Penyayang 2018 oleh Guru Besar SKTPP







8. Perhimpunan tamat pada jam 8.30 pagi.

No comments:

Post a Comment