Monday, January 15, 2018

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-3 (Sesi Petang)

Hari : Isnin
Tarikh : 15 Januari 2018
Masa : 1.20 – 1.50 tengah hari
Tempat : Dewan Perdana, SKTPP

Guru Betugas :

1.      En. Aizil Hasyimi bin Abdul Rahman (K)
2.    En. Abdul Hafiz bin Abdul Halil
3.       Pn. Nor Maziah binti Abd. Malek
4.       Pn. Rabihah binti Amirudin
5.       Pn. Fadhilah binti Talib
6.       Pn. Siti Maziah binti Muhammad Tajuddin
7.       Pn. Zauiyah binti Ismail

AGENDA PERHIMPUNAN 

1.        Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lagu sekolah dan lagu Aku Negaraku di bawah pimpinan Pn. Salmi binti Amir

2.     Bacaan doa dipimpin oleh Ustaz Abdul Hafiz bin Abdul Halil.

3.     Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar keselamatan jalan raya diketuai oleh Pn. Nor Maziah binti Abdul Malek.

4.       Laporan Guru Bertugas (Pn. Nazahiyah)
ü  Murid diingatkan untuk mempertingkat tahap disiplin.
ü  Tidak melompat ketika turun dari tangga kerana boleh mendatangkan kemalangan dan kecederaan.
ü  Beratur dengan tertib ketika membeli makanan dan minuman di kantin
ü  Tidak bermain-main di kawasan dataran perhimpunan.

5.       Memperkenalkan barisan guru yang bertugas 

6.       Ucapan Guru Bertugas (Pn. Nor Maziah binti Abd. Malek)

Tema : Visi dan Misi PPDa

SK Taman Putra Perdana Komited dalam melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah atau lebih dikenali sebagai Program PPDa.  Ini bertepatan dengan slogan sekolah iaitu "SKTPP Cemerlang Tanpa DARVIH". 

            D - Dadah
            A - Alkohol
            R - Rokok
            V - Vape
             I  - Inhalan
            H - HIV/AIDS

Sebagai sebahagian daripada warga SK Taman Putra Perdana yang mendokong serius program PPDa sejak sekian lama, semua warga sekolah perlu tahu dan faham tentang visi dan misi PPDa KPM, iaitu:

Visi PPDa -  Sekolah Bebas Dadah

Misi PPDa – Melahirkan murid bebas dadah melalui program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) yang bersepadu dan menyeluruh daripada aspek Pengurusan dan Kepimpinan, Kurikulum, Kokurikulum dan Pembangunan Sahsiah.

7.     Pelancaran Program I’MFree peringkat sekolah

IMFree merupakan satu program pendidikan dan pencegahan amalan merokok dalam kalangan murid sekolah rendah. Pada tahun 2018 ini, SKTPP telah dipilih oleh pihak JPN Selangor sebagai sekolah peluasan bagi melaksanakan program IMFree. Pelancaran program yang bermatlamat melahirkan rakyat Malaysia yang bebas daripada amalan merokok ini telah disempurnakan oleh Guru Besar SK Taman Putra Perdana, Pn. Hajah Rohaidah binti Mohd Ali.

Antara gambar yang sempat dirakam sepanjang majlis berlangsung.

Pn. Nor Maziah mengacarakan majlis perhimpunan.
Ustaz Abdul Hafiz memimpin bacaan doa.
Barisan guru bertugas. 


Nyanyian lagu dipimpin oleh Pn. Salmi Amir
Pn. Nazahiyah menyampaikan laporan guru bertugas.
 

Pelancaran Program IMFreePengacara - Pn. Nor Rafini Othman
Bacaan Doa - Ustaz Mohammad Saiffol Ngabiah
Perasmi - Pn. Hjh Rohaidah Mohd Ali 
Kemeriahan pelancaran program IMFree

Bersama simbol IMFree : 👌

No comments:

Post a Comment