Monday, January 22, 2018

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-4 (Sesi Pagi)

Hari     : Isnin
Tarikh  : 22 Januari 2018
Masa    : 7.30 - 8.30 Pagi
Tempat : Dewan Perdana, SKTPP

Guru Bertugas:
1.   Pn. Noor Hayati binti Yusof
2.   Pn. Nurhayati binti Mohamed Noor
3.   Pn. Hjh Siti Rabiaah binti Mohammad
4.   Pn. Julaili binti Onian
5.   Pn. Nor Azian binti Mat Anuar
6.   Pn. Visva Vilasini a/p Koppal@Goppal
7.   Pn. Mazzaini binti Muda
8.   Pn. Nik Kamisah binti Mohd Aziz
9.   Pn. Nurulhuda binti Hasbullah
10. En. Ahmad  Musrizuan bin Daud


AGENDA PERHIMPUNAN

1. Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lagu sekolah dan lagu Aku Negaraku.

2. Bacaan doa oleh adik Aiman

3. Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar keselamatan jalan raya diketuai oleh Pn. Julaili bt Onian.

4. Bacaan ikrar murid diketuai oleh adik Adlina bt Hassan

Laporan Guru Bertugas ( Pn.Norli binti Hassan)

1. Puan Norli mengingatkaan tentang kehadiran ke sekolah. Masih ada segelintir murid yang hadir lewat ke sekolah. Diharap murid-murid dapat hadir awal ke sekolah sebelum pukul 7.20 pagi.

2. Mengingatkan agar menjaga kebersihan kelas. Murid-murid perlu bekerjasama agar kelas sentiasa bersih supaya dapat belajar dengan selesa.

3. Memaklumkan bahawa keadaan kantin amat memuaskan dan terkawal. Murid-murid telah dapat memasukkan pinggan dan gelas ke dalam besen yang  disediakan selepas makan dan minum. Tahniah!
 
Perkataan LAWAD

BM - Ulat Buku bermaksud rajin membaca
BI   - Cinema bermaksud  panggung wayang
BA - Ibrinqun bermaksud  cerek

Memperkenalkan Guru Bertugas

             Barisan guru bertugas minggu ini

Ucapan En. Shahrizal bin Ya'am (PK Kokurikulum)


1. En Shahrizal memaklumkan bahawa Hari Sukan sekolah akan diadakan pada 3hb Jan 2018     (Sabtu).

2. Pada 24hb Jan iaitu hari Rabu pula akan diadakan Kejohanan Merentas Desa untuk murid tahap 2.

3. Memaklumkan juga bahawa mulai minggu ini akan diadakan latuhan rumah sukan bermula jam 8.00 hingga 10.00 pagi.

4. Murid perlu memakain pakaian sukan lengkap semasa latihan tersebut.

5. Murid-murid diharap dapat menjalankan aktiviti tersebut dengan penuh semangat dan bersungguh-sungguh supaya dapat mencapai kejayaan yang cemerlang bagi menaikkan lagi prestasi sekolah dalam acara sukan.
    

En. Shahrizal bin Ya'am memberikan ucapan.

Puan Julaili selaku pengerusi majlis menyampaikan maklumat kepada semua murid.

Adik Adlina binti hassan, Ketua Pengawas sekolah mengetuai bacaan ikrar murid.

Puan Norli binti Hassan menyampaikan laporan guru bertugas minggu lepas.

Guru-guru membacakan  ikrar taat setia dan ikrar keselamatan jalan raya.

No comments:

Post a Comment