Monday, January 29, 2018

Pelancaran Program 5 Minit Membaca Peringkat Sekolah 2018 & Pameran Buku-Buku Baharu (Sesi Pagi)

Pada 29 Januari 2018 (Isnin), telah diadakan pelancaran Program 5 Minit Membaca Peringkat Sekolah 2018 & Pameran Buku-Buku Baharu.  Pelancaran diadakan di Dewan Perdana, SKTPP selepas waktu perhimpunan mingguan rasmi.  

Buku Program sempena Pelancaran Program 5 Minit Membaca & Pameran Buku-buku Baharu

                                       
Bunting

Matlamat program adalah untuk memupuk minat membaca dan cintakan buku dalam kalangan warga SKTPP.

Objektif Program ini dijalankan antaranya;
1. Meningkatkan minat membaca dalam kalangan warga SKTPP terutamanya murid-murid.
2. Memberi pendedahan mengenai adanya Program 5 Minit Membaca.
3. Memberi peluang kepada seluruh warga SKTPP untuk melibatkan diri dalam program membaca.
4. Sebagai medium komunikasi antara Ujana Ilmu dan warga sekolah tentang wujudnya buku-buku baharu.
5. Menarik minat warga SKTPP untuk mengimarahkan Ujana Ilmu sebagai pusat informasi

Acara dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis iaitu Cikgu Nurliza Bt Abdul Rahman.


Pengerusi Majlis

Kemudian, diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Ishak Shairazi bagi memberkati majlis.


Bacaan Doa

Majlis diteruskan dengan ucapan Guru Besar, Pn Rohaidah Bt Mohd Ali.


Ucapan Guru Besar

Pelancaran program telah dirasmikan oleh YDP PIBG SKTPP iaitu Tn Hj Khairul Azhar Bin Mohammad Suffian.


Ucapan dan perasmian pelancaran oleh YDP PIBG SKTPP



Pelancaran Program 5 Minit Membaca & Paemeran Buku-Buku Baharu


Gimik Pelancaran

Acara seterusnya penyampaian cenderamata kepada Tn Hj Khairul Azhar yang disampaikan oleh Pn. Rohaidah Bt Mohd Ali

Penyampaian Cenderamata kepada YDP PIBG SKTPP

Disediakan oleh,
Roslina Bt Jafar

No comments:

Post a Comment