Wednesday, January 10, 2018

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-2 (Sesi Petang)

Tarikh : 8 Januari 2018
Masa : 1.20 - 1.50 tengah hari

Guru Bertugas :
    1. Ahmad Tirmiezi Bin Baharuddin (K)
    2. Nor Arzah Bt Hussain (P)
    3. Wan Mohd Roswandy Bin Wan Ibrahim
    4. Suriyana Bt Nanyan
    5. Saadiah Bt Busrah
    6. Nazahiyah Bt Abd Rahman
    7. Salmi Bt Adnan
    8. Nik Bahirah Bt Nik Mat Salleh

Laporan perhimpunan:

Perhimpunan sekolah dijalankan di dewan perdana. Agenda perhimpunan adalah seperti berikut:

1. Bacaan doa oleh Ustaz Mohd Hadri Bin Ag Idris.
2. Nyanyian lagu 'Negaraku', lagu 'Negeri Selangor', lagu 'Sekolah' dan lagu 'Aku Negaraku'.  Kesemua lagu tersebut dipimpin oleh Puan Salmi Bt Amir.
3. Bacaan ikrar Rukun Negara oleh Pn Nazahiyah Bt Abd Rahman.
4. Laporan guru bertugas minggu lepas oleh Ustaz Hariz Safwan Bin Yaacob.

  • Kebanyakan murid masih lagi keliru dengan waktu balik, iaitu 6.40 petang pada hari Isnin hingga Khamis, manakala pada hari Jumaat ialah pada pukul 6.10 petang.
  • Murid perlu beratur sebelum balik dan sentiasa berada dalam barisan yang betul.  Masih ramai lagi murid yang kelihatan bermain dan menolak kawan ketika dalam barisan. Guru berharap murid sentiasa menjaga tatasusila mereka ketika beratur.
  • Pada waktu rehat, terdapat murid yang tidak meletak pinggan dan gelas di dalam besen yang disediakan. Guru menasihatkan murid agar sama-sama menjaga kebersihan kantin.  
Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas 

5. Ucapan guru bertugas oleh Puan Nazahiyah Bt Abd Rahman
  • Guru bertugas memperkenalkan barisan guru bertugas pada minggu ini. Sekiranya murid mempunyai sebarang masalah, murid boleh berjumpa dengan guru-guru tersebut.

Barisan Guru Bertugas Minggu Ke - 2

  • Ucapan guru bertugas adalah berkaitan dengan tema - Peraturan Sekolah
    1)  Disiplin berpakaian

         a)  Semua murid hendaklah memastikan bahawa baju uniform atau tudung                sekolah mereka mempunyai lencana sekolah.
         b)  Murid perlu memakai kasut serta tidak dibenarkan sama sekali memakai selipar, melainkan kaki mereka cedera.
         c)  Murid perlu memakai stoking berwarna putih bagi murid biasa, manakala stoking hitam untuk pengawas sekolah.           
         d)  Bagi murid lelaki, mereka perlu memastikan baju mereka sentiasa kemas dan dimasukkan ke dalam seluar.

         e)  Bagi murid perempuan yang tidak bertudung, mereka perlu mengikat                    rambut dengan pengikat rambut berwarna hitam.


Ucapan Guru Bertugas
6. Pelancaran program Guru Penyayang 2018 

a) Dipengerusikan oleh Puan Nor Arzah Bt Hussin
  • Memperkenalkan tentang objektif Guru Penyayang.
  • Menasihati murid agar sentiasa menghormati dan menyayangi semua guru.
  • Mengajak murid agar melahirkan rasa seronok ke sekolah.

b) Bacaan doa Majlis Pelancaran Guru Penyayang dibaca oleh : Ustaz Muhamad Saiffol Bin Ngabiah.

c) Ucapan Pentadbir : (PK Hal Ehwal Murid - Pn Rosmah Bt Jamat)
  • Ucapan Pn Rosmah adalah berkaitan dengan program Guru Penyayang, iaitu program ini bertujuan supaya guru mengamal dan membudayakan sikap penyayang di sekolah.
  • Guru Penyayang adalah guru yang perlu memiliki sifat kepedulian terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan murid, menjiwai bahawa murid merupakan aset penting kepada sekolah.
  • Terdapat tiga aktiviti Guru Penyayang, iaitu :
                1) Mengalu-alukan kehadiran murid.
                2) Memberi penghargaan kepada murid.
                3) Menyediakan hadiah / penghargaan kepada murid ketika hari jadi.

d) Majlis dirasmikan oleh PK Hal Ehwal Murid - Pn Rosmah Bt Jamat



Ucapan Perasmian Pelancaran Program Guru Penyayang Oleh PK HEM SKTPP

Perasmian Pelancaran Program Guru Penyayang

Gimik Program Guru Penyayang

8)  Perhimpunan tamat pada jam 2.20 petang.

No comments:

Post a Comment