Sunday, March 11, 2018

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-10 (Sesi Petang)


Tarikh : 5 Mac 2018
Hari : Isnin
Masa : 1.20 - 2.20 petang
Tempat : Dewan Perdana
Pengacara Majlis : Pn. Suriyana binti Nanyan @ Salim

Senarai Guru Bertugas :
1. En. Ahmad Tirmiezi bin Baharuddin
2. En. Wan Mohd. Roswandy bin Wan Ibrahim
3. Pn. Nor Arzah binti Hussin
4. Pn. Suriyana binti Nanyan @ Salim
5. Pn. Salmi binti Adnan
6. Pn. Nik Bahirah binti Nik Mat Salleh
7. Pn. Nazahiyah binti Abdul Rahman
8. Pn. Saadiah binti Busrah



Gambar 1: Gambar guru bertugas bagi Kumpulan B

Laporan

1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar
  • Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lagu Sekolah dan lagu Aku Negaraku.
  • Bacaan doa oleh Adik Rayyan Hay b. Zunaizan ( 3 Jujur).
  • Bacaan Ikrar Rukunegara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Pn. Suriyana binti Nanyan @ Salim
  • Bacaan Ikrar Murid oleh Adik Damia Batrisyia binti Ibrahim (3 Intelek).
2. Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas disampaikan oleh En. Hariz Safwan bin Yaccob
  • Sikap murid- murid yang kerap bermain di tandas dan tidak pulang ke kelas dalam tempoh masa yang lama,
  • Terdapat ramai murid yang tidak menjaga kebersihan kantin seperti membuang sampah dalam tong sampah dan memasukkan pinggan ke dalam bekas yang telah disediakan,
  • Laporan kebersihan dan keceriaan kelas :


Kelas/Kedudukan
Pertama
Kedua
Ketiga
Tahun 1
     Samsung
       Lenovo
      Neffos
Tahun 2
   Ibn- Khaldun
 al- Biruni
Ibn Qayyim
Tahun 3
Harmoni
Jujur
Intelek

3. Ucapan Guru Bertugas Minggu ini oleh Pn. Suriyana binti Nanyan @ Salim
    Tema : Budaya Memberi Salam

  • Penting bagi memastikan murid- murid dilatih untuk menghormati orang lain terutamanya orang yang lebih tua.  
  • Budaya memberi salam ini perlu diamalkan ketika murid berselisih dengan para guru, staf dan pekerja sekolah.
  • Kebaikan budaya memberi salam : 
    • memupuk rasa hormat kepada orang yang lebih tua
    • mengeratkan hubungan mesra di antara murid- murid dengan para guru, staf dan pekerja. 
  • LAWAD
a.      Bahasa Melayu - stokin (sarung kaki atau tangan)
b.      Bahasa Inggeris - thorn (duri)
             c.      Bahasa Arab - madrasah (sekolah)


Gambar 2: Ucapan oleh Pn. Suriyana binti Nanyan @ Salim
(Guru bertugas minggu ini

4. Majlis Pemberian Hadiah Semperna Program Hari Peringatan Sedunia Pandu Puteri Peringkat Sekolah

Pengacara Majlis: Pn. Nik Bahirah binti Nik Mat Salleh
  1. Sambutan Hari Peringatan Pandu Puteri Daerah Sepang 2018 telah diadakan pada 12 Februari 2018 di SMK Dato Abu Bakar Baginda.
  2. Sambutan Hari Peringatan Sedunia Pandu Puteri Tunas Peringkat Sekolah diadakan pada 14 Februari 2018 bertempat di Dewan Perdana SKTPP.
  3. Sambutan Hari Peringatan Sedunia Pandu Puteri Peringkat Negeri Selangor bertempat di Jabatan Latihan Perhutanan Malaysia (FRIM) pada 22 Februari 2018.
  • Penyampaian hadiah kepada para peserta disempurnakan oleh Pn. Yani bt. Mohammad Sharif, Guru Pandu Puteri

    Gambar 3: Antara gambar peserta yang mendapat hadiah.


    Gambar 4: Gambar kesemua peserta yang menerima hadiah
    5. Pengumuman:
    • Memaklumkan bahawa pada 12 - 15 Mac 2018, PKSR 1 akan dilaksanakan. Semua murid diminta untuk membuat ulang kaji dan membawa alat tulis yang lengkap. 
    • Memaklumkan bahawa SK Taman Putra Perdana akan menjadi tuan rumah untuk  Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) yang akan diadakan pada 10 Mac 2018 (Sabtu). 
    • Memaklumkan bahawa aktiviti kokurikulum pada hari Rabu 7 Mac 2018 ditangguhkan sempena peperiksaan sekolah agama.

    No comments:

    Post a Comment