Thursday, March 29, 2018

Majlis Apresiasi Pendidikan Daerah Sepang 2017

Majlis Apresiasi Kecemerlangan Pendidikan Daerah Sepang 2017 telah diadakan pada 29 Mac 2018 (Khamis) di SMK Dato' Abu Bakar Baginda. Syukur alhamdulillah atas penganugerahan yang diterima oleh SKTPP hari ini. Tahniah buat semua pentadbir, guru, staf, murid, YDP PIBG; Tn. Hj. Khairul Azhar Mohammad Suffian, NYDP PIBG, AJK PIBG, ibu bapa dan seluruh warga sekolah! Terima kasih banyak buat PPD atas penganjuran majlis dan penyampaian anugerah yang sangat bermakna ini. Semoga kecemerlangan berkekalan...
Anugerah-anugerah yang telah diterima adalah seperti berikut :
1. Anugerah Pengurusan PIBG Cemerlang Sekolah Rendah Bandar
2.  Best Practices Kategori Pengurusan Sukan Sekolah Rendah - Tempat Ketiga
3. Anugerah Kecemerlangan Pusat Sumber Sekolah Rendah
4. Anugerah Khas Pusat Sumber Sekolah Rendah
5. Sekolah Cemerlang Kokurikulum Pasukan Badan Beruniform Rendah - Tunas Puteri
6. Anugerah Guru Cemerlang Kokurikulum Sekolah Rendah - En. Ahmad Zunaidi bin Jinalabin (KRS)
7. Anugerah Guru Cemerlang Kokurikulum Sekolah Rendah - Pn. Parimala a/p Vengadaslam (Pandu Puteri)
8. Anugerah Murid Cemerlang Kokurikulum Sekolah Rendah - Savitha a/p Sivabalan (Pandu Puteri)
9. Anugerah Putera Sukan - Muhammad Ashraf bin Azmi (Kriket)
10. Anugerah Kecemerlangan Sekolah Dalam Sukan Peringkat MSSD - Kriket L12
11. Anugerah Kecemerlangan Pengurusan PPDa
12. Anugerah Pengurusan Hal Ehwal Murid Cemerlang
13. Anugerah Pengurusan Kewangan Cemerlang Sekolah Rendah
14. Anugerah Khas Kecemerlangan Sekolah Rendah
Tahniah!























No comments:

Post a Comment