Tuesday, March 27, 2018

Lawatan Penanda Arasan PPDa SK Taman Pantai Sepang Putra

  Pada 27 Mac 2018, seramai  11 orang AJK PIBG dan 5 orang guru dari Sekolah Kebangsaan Taman Pantai Sepang Putra telah mengunjungi Bilik Sumber PPDa sekolah kita. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk memberi pendedahan kepada mereka dalam menambah baik dan menjayakan Program PPDa di sekolah mereka.
         Para peserta lawatan juga telah dibawa melawat Ujana Ilmu SKTPP. Mereka telah mengambil kesempatan ini untuk berkongsi idea dan sebagai panduan dalam membangunkan program PPDa di sekolah mereka kelak. Semoga lawatan ini mampu membuahkan hasil dalam menaiktaraf Bilik Sumber PPDa dan dokumentasi mereka. 
        Turut hadir sama adalah Puan Norazlina Binti Hj Ramli; YDP PIBG SK Taman Pantai Sepang Putra. Terima kasih buat YDP PIBG SKTPP; Tn. Hj. Khairul Azhar bin Mohammad Suffian dan NYDP PIBG SKTPP; En. Ibrahim B. Rahman kerana turut meluangkan masa hadir menyambut para tetamu. Buat warga SK Taman Pantai Sepang Putra yang sudi melawat diucapkan terima kasih atas kesudian memilih PPDa sekolah kami sebagai lokasi lawatan penanda arasan. Jemput datang lagi.

 Berikut adalah antara gambar-gambar yang telah diambil sepanjang lawatan tersebut:-

Ucapan Guru Besar; Pn. Hjh Rohaidah Bt. Mohd Ali

Ucapan YDP PIBG; Tn. Hj. Khairul Azhar bin Mohammad Suffian

Ucapan YDP PIBG SKTPSP; Pn. Norazlina binti Hj. Ramli

















 Terima kasih atas kunjungan ...

No comments:

Post a Comment