... SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...SELAMAT DATANG KE BLOG SKTPP...TEL: 03-83119204...FAX: 03-83119234...

Monday, March 26, 2018

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu ke-12 (Sesi pagi)

Tarikh : 26 Mac 2018
Hari : Isnin
Masa : 7:30 a.m. – 8:15 a.m.
Tempat : Dataran Perdana

Guru Bertugas :
~Noor Hayati binti Yusof
~Ahmad Musrizuan bin Daud
~Nurhayati binti Mohamed Nor
~Norazian binti Mat Anuar
~Siti Rabiah binti Mohammad
~Julaili binti Onian
~Visva Vilasini a/p Koppal @ Goppal
~Nik Kamisah binti Abd Aziz
~Mazzaini binti Muda

1. Nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lagu Sekolah dan lagu Aku Negaraku.
2. Bacaan doa diketuai oleh Muhammad Haziq Aiman bin Hamdan (6 Patologi).
3. Bacaan ikrar Rukunegara dan ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Pn. Noor Hayati binti Yusof.
4. Bacaam ikrar murid oleh Nurin Adlina binti Hassan (6 Surgeri)

Laporan guru bertugas
Tema : Mengamalkan senaman.
~Senaman perlu bagi mengekalkan tahap kecergasan dan kecerdasan seseorang.   Senaman yang kerap dapat membantu badan untuk kekal sihat dan bertenaga.
~Selain itu, makanan yang berkhasiat dan seimbang sangat penting supaya kekal  aktif sepanjang hari.
~Seseorang disarankan untuk melakukan senaman sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit.
~Melakukan kerja rumah yang asas seperti menyapu sampah, menyidai baju juga antara senaman-senaman asas yang boleh dilakukan.
~Murid-murid turut disarankan untuk sentiasa berjaga-jaga dan mengambil langkah-langkah keselamatan diri sewaktu bersenam.

LAWAD Bahasa Melayu  : menerangkan = >  menjelaskan
LAWAD Bahasa Inggeris : ambitious = > bercita-cita tinggi)
LAWAD Bahasa Arab     : mahal

Makluman penggunaan Buku NILAM oleh Pn. Arrny Yusnita
~Maksud NILAM : Nadi Ilmu Amalan Membaca
~Menggalakkan murid-murid untuk sentiasa membaca buku, bukan sahaja tertumpu di perpustakaan sekolah tetapi di tempat-tempat  yang bersesuaian dan selesa dan mempunyai sumber bahan bacaan.
~Selain dapat mengurangkan pembuangan masa, membaca turut membantu menambah ilmu pengetahuan dan turut menyumbang ke arah menghasilkan karangan dengan kreativiti dan imaginasi tinggi.
~Murid-murid disarankan untuk sentiasa bersedia dengan Buku NILAM agar dapat merekod hasil bacaan.

Ucapan Guru Besar, Pn. Rohaidah binti Mohd Ali
~Ucapan alu-aluan kepada semua guru dan murid dengan sekembalinya ke sekolah selepas berakhirnya cuti pertengahan penggal yang lalu.
~Guru-guru digalakkan untuk meneruskan aktiviti untuk menghias dan menceriakan kelas dalam menaikkan semangat murid-murid dan guru untuk menikmati sesi pembelajaran dengan lebih selesa.  Ini juga merupakan cabaran kepada guru-guru kelas untuk bersaing mendapatkan tempat dalam pertandingan keceriaan yang diadakan setiap minggu. Semoga guru-guru lebih proaktif.
~Tahniah dan syabas diucapkan kepada guru-guru dan murid-murid yang hadir dalam cuti sekolah kerana menghadiri kelas tambahan, latihan sukan, menyertai pertandingan, menyiapkan hiasan dan keceriaan kelas di sekolah dan lain-lain lagi.
~Pada 27 Mac 2018 (Selasa), sekolah akan menerima lawatan penanda arasan dari SK Taman Pantai Sepang Putra bagi melihat Bilik Sumber PPDa dan juga Ujana Ilmu. AJK yang terlibat diminta bersedia dan mohon kerjasama guru-guru untuk memastikan disiplin murid dalam keadaan terkawal. Sila hormati para pelawat.
~Murid-murid disarankan untuk kerap minum air bagi mengekalkan tahap hidrasi badan ketika cuaca yang tidak menentu ini.
~Murid-murid dilarang membeli sebarang makanan atau permainan daripada penjaja yang berada di luar kawasan sekolah kerana penjaja tersebut berniaga tanpa kebenaran. Pihak sekolah juga risau tentang kebersihan makanan tang dijual selain bagi mengelakkan masalah kesesakan lalu lintas dan keselanatan murid.
~Murid-murid diingatkan untuk sentiasa menjaga harta benda sekolah dengan sebaiknya. Sayangilah harta benda sekolah untuk kegunaan bersama. Murid dilarang untuk memanjat, menyepak atau menconteng dinding sekolah.   Mohon kerjasama semua guru untuk memantau kelakuan murid.
~Untuk makluman para guru dan murid, sekolah telah memperoleh 13 pintu baru sumbangan dari PIBG yang telah dipasang di dalam tandas sekolah. Terima kasih buat PIBG. Mohon kerjasama semua murid untuk sentiasa menjaga dan menggunakannya dengan berhemah.







No comments:

Post a Comment