Wednesday, March 7, 2018

Makluman Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah (MTQSS) Daerah Sepang 2018


Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah (MTQSS) Daerah Sepang bagi tahun 2018 akan diadakan pada:

            Tarikh   : 10 Mac 2018
            Masa    : 8.00 pagi - 1.00 tengah hari
            Tempat : SK Taman Putra Perdana

Penganjuran MTQSS adalah bertujuan untuk menanam minat membaca, menghayati dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran dalam kalangan murid dan warga pendidikan. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk memperkembangkan potensi murid dalam bidang kokurikulum Pendidikan Islam khasnya yang berkaitan dengan Al-Quran. Bukan itu sahaja, program seumpama ini dapat menyediakan barisan pelapis ke musabaqah, perujian dan pertandingan seumpamanya di peringkat dewasa. 

Antara acara yang dipertandingkan bagi pelajar aliran perdana adalah:
1-     Bercerita (L/P)
2-     Hafazan (L/P)
3-     Tilawah Al-Quran (L/P)

Manakala penyertaan bagi pelajar PPKI Sekolah Rendah (SR) dan Sekolah Menengah (SM) adalah:
1.     Syarahan (SM) (L/P)
2.     Hafazan (L/P)
3.     Tilawah Al-Quran (L/P)
4.     Bercerita SR (L/P)
5.     Azan (SR) & (SM) (L/P)
6.     Khat (Terbuka)

Semoga dengan penganjuran MTQSS pada tahun ini dapat membina semangat pelajar agar dapat melibatkan diri dalam program koakademik di samping dapat menjana kecemerlangan diri ke tahap yang lebih baik serta dapat mengeratkan ukhwah dan mahabbah berteraskan nilai-nilai murni dan suci dalam Al-Quran.

Terima kasih buat PPD Sepang atas kepercayaan yang diberikan kepada SKTPP untuk menjadi tuan rumah dan pengerusi MTQ tahun ini. Semoga majlis akan berjalan lancar dan meriah hasil kerjasama semua pihak. Amiinn...

No comments:

Post a Comment