Monday, March 26, 2018

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-12 (Sesi Petang)

Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-12 telah diadakan pada hari isnin, 26 Mac 2018, jam 1.20 petang bertempat di Dewan Perdana, SK Taman Putra Perdana. Perhimpunan dimulakan dengan nyanyian 4 buah lagu iaitu lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lagu Sekolah dan lagu Aku Negaraku.


a) Bacaan doa oleh Adik Rayyan Hayy bin Zunaizan (3 Jujur).



b) Bacaan ikrar:
- Ikrar Rukun Negara
- Ikrar Keselamatan Jalan Raya
- Ikrar Murid diketuai oleh Adik Damia Batrisya binti Ibrahim (3 Intelek) 


Pengacara Majlis : Puan Nur Azizati binti


c) Laporan Guru Bertugas Minggu Lepas disampaikan oleh  Encik Aizil Hashimi:
- Sepanjang minggu lalu, Ujian PKSR 1 telah dijalankan. Justeru, diharapkan semua murid mendapat keputusan yang terbaik. Kepada murid yang kurang berjaya, harus berusaha lagi dengan bersungguh-sungguh pada masa depan.
- Pada minggu lepas juga, ada haiwan iaitu anjing telah tersesat masuk ke sekolah. Terima Kasih diucapkan kepada Ustaz Saifol Bin Ngabiah dan Ustaz Abdul Hafiz serta pekerja pembersihan yang telah bersama-sama membantu menyamak / sertu tempat wuduk lelaki dan kelas Tahun 1 aras bawah.
- Kebersihan di dewan juga semasa dan selepas rehat tidak memuaskan. Diharap semua murid dapat memastikan sampah dibuang ke dalam tong sampah bukan di atas lantai. 

d) Tema pada minggu ini ialah senaman.
- Senaman adalah salah satu cara hidup yang sihat.
- Senaman dapat mengawal berat badan.
- Senaman dapat melindungi diri daripada penyakit.
- Senaman dapat membantu hidup kita lebih ceria dan gembira.
- Senaman dapat meningkatkan stamina dan tenaga untuk seharian.

e) Perkataan LAWAD
Bahasa Melayu = mengukus bermaksud memasak @ memanaskan sesuatu makanan.
Bahasa Inggeris  = Vapour bermaksud wap air.
Bahasa Arab = Mirwahatun bermasksud kipas.








f) Penyampaian hadiah kelas terbersih:
Tahun 1: 1. Samsung
               2. Oppo
               3. Sony.
Tahun 2:1.Al-Biruni.
               2. Ibnu Batuttah
               3. Ibnu Thufail
Tahun 3 :1. Jujur
               2. Harmoni
               3. Intelek.
g) Pengumuman :
- Puan Malisha mengingatkan supaya buku-buku yang telah dipinjam di Ujana Ilmu perlu dipulangkan mengikut tarikh yang ditetapkan. Denda akan dikenakan kepada murid yang lambat. Beliau juga memberitahu kedatangan murid sangat dialu-alukan di Ujana Ilmu terutama pada waktu rehat.


h) Ucapan Penolong Kanan Petang Puan Jumilah Binti Ahmad:
- Murid-murid tidak dibenarkan membeli makanan di luar pagar sekolah. Belian seperti jajan, gula-gula, makanan ringan serta air minuman yang tidak berkhasiat boleh menganggu kesihatan. Jika ada dalam kalangan murid masih membeli, nama dan kelas akan diambil dan diberikan kepada Puan Jumilah atau Encik Junaidi untuk tindakan seterusnya.
- Semasa cuti sekolah yang lalu pekerja-pekerja sekolah telah memasang pintu tandas. Harapan besar kepada pengguna-pengguna tandas murid jaga kemudahan seeloknya dan jangan ditendang kerana akan merosakkannya.
- Kebersihan di dalam kelas adalah tanggungjawab semua murid. Ketua dan Penolong ketua kelas perlu memastikan kelas bersih dan memastikan murid yang bertugas membersihkan kelas dengan menjalankan tugasannya.

Perhimpunan tamat pada jam 2.00 petang

Disediakan Oleh : Nor Athirah Amani Binti Muhammad Abdul Wahab.

No comments:

Post a Comment