Friday, March 2, 2018

Program Guru Penyayang: Aktiviti Mengalukan-alukan Kehadiran Murid Bagi Bulan Januari dan Februari 2018

Dua bulan telah berlalu semenjak sesi persekolahan 2018 dibuka kembali. Walaupun sesi persekolahan beru sahaja bermula, Program Guru Penyayang telah pun bersedia dengan aktiviti mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah pada setiap hari. Aktiviti ini dijalankan pada kedua-dua sesi seperti berikut:

  • Sesi pagi - 7.00 hingga 7.20 pagi
  • Sesi petang - 1.00 hingga 1.20 tengah hari
      Aktiviti mengalu-alukan kehadiran murid ini telah dan akan dilaksanakan secara berterusan sepanjang sesi persekolahan 2018 dan telah menjadi sebagai satu budaya di sekolah ini. Aktiviti ini bertujuan untuk mewujudkan perasaan dihargai dan diterima dalam kalangan murid. Seterusnya memupuk perasaan suka hadir ke sekolah.

          Ucapan-ucapan positif dan senyuman manis yang diukirkan oleh guru untuk murid bermula dari pagar A dan B dapat menjadikan murid lebih bersemangat untuk meneruskan sesi persekolahan. Semoga aktiviti ini dapat memberikan impak postif kepada murid-murid SK Taman Putra Perdana.

Berikut dikongsikan paparan suasana sepanjang aktiviti ini dilaksanakan untuk kedua-dua sesi.

Senyuman manis tetap terukir di bibir para guru walau terpaksa bergegas pada awal pagi, walau terpaksa berpanas di bawah sinaran mentari. Harapan guru-guru agar aura positif dapat diserap murid sepanjang hari.










GURU PENYAYANG, MURID CEMERLANG.



No comments:

Post a Comment