Friday, June 21, 2019

Hari Jalinan Mesra Siri 1/2019 (Sesi Pagi)

Pada 21 Jun 2019 (Jumaat), Hari Jalinan Mesra Siri 1/2019 telah dilaksanakan bermula jam 8.00 hingga 11.00 pagi bertempat di kelas masing-masing (pra sekolah, PPKI, tahun 4, 5 dan 6).

Program ini bertujuan memberi peluang kepada para ibu bapa atau penjaga berinteraksi secara langsung dengan guru-guru terutamanya guru kelas tentang perkembangan dan kemajuan pembelajaran anak masing-masing. Selain itu, kedua-dua belah pihak dapat bertukar-tukar pendapat dan buah fikiran mengenai isu-isu berbangkit.

Ibu bapa atau penjaga sebagai pelanggan dan guru sebagai penyedia perkhidmatan harus menjalinkan kerjasama yang erat demi memajukan potensi diri murid agar dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, rohani, intelek, jasmani dan sosial. Semoga usaha ini mampu melahirkan murid-murid SKTPP yang cemerlang dalam menghadapi kehidupan pesekitaran yang semakin mancabar pada masa hadapan.

Tahniah diucapkan kepada anak didik SKTPP yang menunjukkan pencapaian cemerlang dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun. Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa yang hadir memberikan sokongan kepada anak-anak dan pihak sekolah. Kerjasama yang padu antara kedua-dua pihak mampu melonjakkan lagi kejayaan anak-anak di SKTPP ini

Berikut adalah gambar-gambar sepanjang program berlangsung.

Sesi perbincangan ibu bapa dan guru-guru kelas tahun 4, 5 dan 6

Sesi perbincangan ibu bapa dan guru-guru kelas PPKI

Sesi perbincangan ibu bapa dan guru-guru kelas pra sekolah
Kaunter yuran PIBG
Tabung wakaf untuk pembinaan surau

No comments:

Post a Comment