Friday, June 14, 2019

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019

"Selamat Hari Raya, hari untuk kita bersuka ria, minta mak, kuih sepotong saya mahu makan kerna perut kosong".

Meriahnya hari ini di SK Taman Putra Perdana dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019. Semua warga sekolah memakai baju raya yang menawan untuk yang perempuan dan yang lelaki tidak ketinggalan amat segak bergaya. Bacaan doa oleh Ustaz Zuril Azman memanjatkan kesyukuran atas kesempatan menyambut Hari Raya pada tahun ini. Kemeriahan sambutan tahun ini diceriakan lagi dengan kehadiran ahli Majlis Perbandaran Sepang iaitu En Rusydan bin Mohamed dan YDP PIBG iaitu Tuan Haji Khairul Azhar bin Suffian. Sambutan yang dirasmikan oleh En Rusydan bin Mohamed ini diraikan lagi dengan jamuan raya yang santapannya dibawa sendiri oleh warga SKTPP. Terima kasih ibu bapa murid SKTPP yang sentiasa memberi dokongan dalam setiap program SKTPP.

Pelbagai juadah enak yang ada antaranya lemang, ketupat, rendang, lontong, soto, mee dan bihun goreng serta kuih muih yang selalu ada pada Hari Raya. Kelihatan murid amat seronok menjamu selera bersama-sama rakan taulan mereka sambil mendengar lagu-lagu raya yang dipasangkan. Akhir sekali semoga kemeriahan sambutan memberi kenangan manis untuk warga SKTPP khususnya kepada murid-murid yang disayangi. Minal Aidil Wal Faizin. Bermaafan bersama kita. Salam Aidilfitri Mulia.

Dibawah disertakan gambar sepanjang sambutan berlangsung :

Guru Besar SKTPP, Puan Rohaidah binti Mohd Ali menyampaikan ucapan alu-aluan

YDP PIBG, Tn Hj Khairul Azhar menyuap kek gimik perasmian kepada perasmi sambutan En Rusydan bin Mohamed

Barisan Pentadbir SKTPP

Kemeriahan mengambil juadah makanan

Murid gembira menjamu juadah bersama-sama

Cantik-cantik semuanya berbaju raya

Murid-murid prasekolah merasai pengalaman pertama menyambut Hari Raya di sekolah

Cikgu Parimala tidak ketinggalan menyusun juadah raya

Cikgu Hafiz menyedokkan air untuk murid

Cikgu Tarmiji ceria bersama murid@peminatnya

Guru bekerjasama menyediakan juadah agar mudah diambil oleh murid

"Geng ofis" seragam berhari raya 





No comments:

Post a Comment