Monday, June 17, 2019

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-22 (Sesi Petang )

Tarikh                   : 17 Jun 2019
Hari                       : Isnin
Masa                     : 1.20 - 2.00 petang
Tempat                 : Dewan Perdana
Pengerusi Majlis : En. Nor Amirul Fitri bin Othman

Nama Guru Bertugas :

1. En. Nor Amirul Fitri bin Othman ( K)
2. En. Afandi bin Mad Zain
3. Pn. Suriyana binti Nanyan @ Salim
4. Pn. Nor Rafini binti Othman
5. Pn. Rabihah binti Amirudin
6. Pn. Ranjiny A/P Rajah

Guru-guru bertugas

Laporan / Ulasan

1. Perhimpunan sesi petang dimulakan dengan nyanyian 4 buah lagu iaitu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan lagu sekolah.
2. Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa di bawah pimpinan adik Mohd Hakeem Rizqi bin Norazmi

Bacaan doa oleh adik Mohd Hakeem Rizqi bin Norazmi

3. Bacaan ikrar Rukun Negara dan ikrar Keselamatan Jalan Raya dipimpin oleh En. Nor Amirul Fitri bin Othman

En. Nor Amirul Fitri bin Othman.

4. Ikrar murid dipimpin oleh adik Adliana Ryhana bt Mohd Rozimi

Bacaan ikrar oleh adik Adliana Ryhana binti Mohd Rozimi

5. Laporan Guru Bertugas minggu lepas (minggu ke-21) oleh En. Aizil Hasyimi bin Abdul Rahman.

En. Aizil Hasyimi bin Abdul Rahman.


Antara intipati laporan yang disampaikan ialah :
  • Semua murid diminta menulis no. telefon ibu bapa atau penjaga masing-masing pada beg sekolah supaya sekiranya berlaku sebarang kecemasan, mudah untuk dihubungi.
  • Semua murid dilarang bermain di Dataran Perhimpunan semasa waktu rehat.
6. Tema ucapan mingguan pada minggu ini ialah bersukan. Ucapan telah disampaikan oleh En. Nor Amirul Fitri bin Othman. Antara intipati ucapan tema adalah seperti berikut :
  • Bersukan adalah aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan seperti pertandingan, keseronokan dan sebagainya.
  • Faedah-faedah bersukan ialah :
          - Aktiviti fizikal yang mengeluarkan peluh seperti berlari dapat menyihatkan tubuh badan.
          - Bersukan dapat mengisi masa lapang kerana sesi latihan atau permainan kebiasaannya berlaku ketika waktu lapang.
          - Bersukan dapat mengeratkan silaturrahim dan menambah rakan-rakan baru semasa kita berjogging di taman-taman atau padang permainan.

7. Perkataan Lawad
    Bahasa Melayu  : Menekap
    Bahasa Arab      : Mat'aamu
    Bahasa Inggeris : workshop

8. Hadiah Kecerian Kelas

    Tahun 1   Pertama : Windows
                      Kedua    :  Unix
                      Ketiga    :  Oracle

    Tahun 2   Pertama :  Samsung
                      Kedua    :   Iphone
                      Ketiga    :   Vivo

     Tahun 3  Pertama :  Al-Farabi
                      Kedua    :  Ibnu Khaldun
                      Ketiga    :  Al-Biruni


Perhimpunan tamat pada pukul 2.00 petang.

Disediakan oleh:
Pn. Suriyana binti Nanyan @ Salim

No comments:

Post a Comment