Thursday, June 27, 2019

Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun MSSD Sepang 2019

Alhamdulillah, pada hari ini bersamaan 27 Jun 2019 satu lagi sejarah tercipta dengan SKTPP berjaya menjuarai Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 Tahun MSSD Sepang 2019. Suatu kejuaraan yang sudah lama ditunggu-tunggu oleh warga SKTPP akhirnya dapat dicapai. Selama 4 hari bertandang ke venue kejohanan di SK Methodist Sungai Pelek, akhirnya membuahkan hasil.

Walaupun agak goyah di permulaan saingan, tetapi dengan tunjuk ajar jurulatih, pemain-pemain dapat merealisasikan kejayaan ini. Diundi bersama pasukan SK Taman Seroja, SK Kg. Bharu Lanjut dan SK Methodist pada pusingan pertama peringkat kumpulan dan bersama SK Bandar Baru Salak Tinggi dan SK Salak pada pusingan kedua, peringkat kumpulan sangat mendebarkan sehingga nyaris-nyaris SKTPP tidak berjaya melepasi pusingan peringkat kumpulan.  Tetapi dengan semangat juang yang tinggi ditunjukkan, para pemain berjaya menempuh setiap cabaran dengan jayanya.

Di separuh akhir, SKTPP bertemu SK Sg Pelek dan SKTPP berjaya menumpaskan mereka dengan jaringan 2-1. Kealpaan bermain tanpa tekanan hampir membuatkan SKTPP berputih mata untuk ke perlawanan akhir. Seterusnya kemenangan 1-0 ke atas pasukan SK Desa Pinggiran Putra pada perlawanan akhir sudah cukup untuk menobatkan SKTPP sebagai Juara Kejohanan MSSD Bawah 12 Tahun bagi edisi 2019. Lebih manis lagi ini adalah kejuaraan kedua yang dihadiahkan oleh pasukan bola sepak SKTPP kepada warga sekolah setelah mereka menjuarai Kejohanan Bola Sepak Bawah 11 Tahun pada tahun lepas.

Ini adalah kenangan manis dan pemain-pemain hebat yang tak akan dilupakan oleh para jurulatih khususnya dan warga SKTPP amnya. Akhir sekali, semoga suatu hari nanti ada dari kalangan pemain ini akan bermain mewakili negara ke peringkat yang lebih tinggi. "Terima kasih semua pemain, terima kasih ibu bapa pemain, terima kasih coach Zamri dan coach Adam dari Kelab Soccer Star. Anda semua adalah CHAMPION".

Di bawah disertakan gambar-gambar pemain pasukan SKTPP yang sangat membanggakan ini.

Berdiri dari kiri : Hadif, Ikhwan, Azhad, Akashah, Airiel (s), Darrel, Zahir, Airiiel (J).
Duduk dari kiri : Zarif, Danish, Syahmi (C), Aqil, Rosyidi, Yob (Nazmi), Hamzi 



                                                           
Pemain bersama para Jurulatih iaitu dari kiri : Ustaz Zubair, Sir Saifullah, Coach Zamri, Cikgu Rusydan dan Cikgu Musrizuan

Penjaring terbanyak pasukan iaitu Hadif dengan 6 gol

Pemain bersama Para Pentadbir SKTPP
Video kegembiraan para pemain dan para jurulatih bersama medal kemenangan



Video aksi perlawanan

No comments:

Post a Comment