Thursday, June 13, 2019

Majlis Perpisahan Guru Sesi Jun 2019


Walau pandan di tepi bencah, 
Bunga melati melekat juga;
Walau bagai jauh berpisah, 
Di dalam hati dekat juga.


Sekolah Taman Putra Perdana telah kehilangan enam orang guru yang sangat berdedikasi sepanjang mereka berkhidmat di sekolah ini. Hal ini adalah kerana permohonon perpindahan mereka telah diluluskan oleh pihak Kementerian Pendidikan bagi sesi Jun 2019. Tahniah diucapkan. Namun begitu bagi pihak sekolah perpindahan ini merupakan satu kehilangan kerana para guru-guru ini telah banyak menyumbang tenaga dan komitmen sepanjang bertugas. Majlis perpisahan secara rasmi telah diadakan pada hari Khamis, 13 Jun 2019 di Dewan Perdana bermula pukul 7.30 pagi hingga 9.30 pagi.

Mereka yang diraikan ialah terdiri daripada:
Pn. Nurrulhuda bt Yaacob
telah berpindah ke SK Cheras Jaya

Pn. Grace a/p Danaraj
telah berpindah ke SJKT Dengkil

Pn. Asma bt Abdul Malik
telah berpindah ke SK Bukit Raya,Cheras

Pn.Faridatul Aini bt Alias
telah berpindah ke SK Balai Besar,Dungun

Pn. Nurul Afiqah bt Mohd Hashim
telah berpindah ke SK Jenderam Hilir
Pn. Nik Bahirah bt Nik Mat Salleh telah berpindah ke SK Sg.Merab Luar

Gambar yang sempat dirakam sepanjang Majlis Perpisahan

Pengerusi majlis menyampaikan ucapan alu-aluan

Cikgu Dzarfan membacakan doa perpisahan
Pn. Hajjah Rohaidah bt Mohd menyampaikan ucapan

Cikgu Afiqah, Ustazah Faridatul Aini dan Ustazah Asma berucap buat kali terakhir di SKTPP
Cikgu Nurrulhuda dan Teacher Grace menyampaikan ucapan perpisahan mereka.

Guru besar menyampaikan hadiah

Pengerusi KKGK menyampaikan hadiah sumbangan daripada KKGK SKTPP
Ustazah Nurul Huda Hasbullah menyampaikan hadiah sumbangan daripada Panitia Pendidikan Islam
Merakam gambar kenangan bersama para pentadbir dan pengerusi KKGK


Sesi bersalam dengan murid dan rakan seperjuangan

Merakam gambar bersama guru-guru SKTPP




Sehingga kita berjumpa lagi......




No comments:

Post a Comment