Monday, June 17, 2019

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-22 (Sesi Pagi)

Tarikh                    : 17 Jun 2019
Masa                      : 7.30 pagi
Tempat                  : Dataran Perhimpunan
Pengacara Majlis : Adik Dhaniya Batrisyia

Senarai Guru Bertugas:

1. Encik Ahmad Zunaidi Bin Jinaladin
2. Puan Musaliha Binti Mustafa
3. Puan Noor Hanawati Alinda Binti Abd Taib Puruji
4. Puan Norliza Binti Ali @ Yasim
5. Puan Jamunarani a/p Bhoja Rajan
6. Puan Nurul Iman Binti Illyas
7. Cik Syahirah Binti Tumar
8. Cik Mawaddah Binti Kamarulzaman

Agenda Perhimpunan:

1. Nyanyian, Bacaan Doa dan Ikrar

~ Nyanyian lagu Negaraku, Lagu Selangor dan Lagu Sekolah. Rangkaian 3 buah lagu ini di bawah pimpinan Adik Abby Nurul Elyana binti Yahaya (6 Kompang)
~ Bacaan Doa oleh Adik Muhammad Syahmi Wafiq bin Shahril Nizam (6 Tabla)
~ Bacaan Ikrar Rukun Negara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya oleh Cik Syahirah Binti Tumar
~ Bacaan Ikrar Murid oleh Adik Muhammad Amar bin Mohd Rizal (6 Tabla)

 
2. Laporan guru bertugas minggu lepas (Puan Nor Azura Mustafa)

                                 

Amalan kebersihan sekolah merangkumi usaha-usaha pelaksanaan dan penyeliaan amalan kebersihan dalam mewujudkan persekitaraan yang selesa, aman, tenteram, riang, mesra, ceria serta merangsang pembelajaran. Oleh sebab itu, murid-murid diminta agar sentiasa peka dan prihatin terhadap kebersihan sekolah serta kelas masing-masing.

Kelas terbersih bagi minggu lepas (11 Jun hingga 14 Jun 2019) adalah seperti berikut:

Tahun 4:
Johan - Harmoni
Naib Johan - Intelek
Tempat Ketiga - Efisien

Tahun 5:
Johan - Vanadium
Naib Johan - Ferum
Tempat Ketiga -Titanium

Tahun 6:
Johan - Tabla
Naib Johan - Gambus
Tempat Ketiga - Canang

 


3. Laporan guru bertugas minggu ini (Cik Syahirah Binti Tumar)

Tema : Faedah Bersukan
Bersukan merupakan aktiviti riadah yang dapat mengeluarkan peluh daripada tubuh badan kita. Malah kerajaan menggalakkan rakyatnya sentiasa melibatkan diri dengan aktiviti sukan. Hal ini kerana melalui bersukan banyak faedah yang kita peroleh.
Sukan bukanlah semata-mata aktiviti fizikal yang dilalukan untuk mengisi masa lapang atau sebagai riadah kecil mengeluarkan peluh. Mutakhir ini, permodenan sukan bergerak seiring dengan kemajuan dunia dan membawa falsafah yang lebih berat. Penglibatan masyarakat dalam bidang sukan juga telah banyak membawa manfaat. Ironinya, penglibatan murid-murid sekolah dalam bidang sukan dapat menunaikan pelbagai hasrat pada masa hadapan.

Ucapan guru bertugas Cik Syahirah

Barisan guru bertugas minggu ke-21, 2019

4. Majlis penyampaian hadiah:

a) Anugerah Pandu Puteri Tunas Harapan
 - Perkhemahan Cuti Pasukan Pandu Puteri telah berlangsung 11-14 April 2019 di Princess Haliza, Kampung Hulu Teris, Sungai Pelek, Selangor. Seramai 9 orang murid sekolah kita telah menyertai perkhemahan tersebut. Mereka telah mendapat Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga dalam Program Khidmat Masyarakat dan Pra Persetiaan tersebut. Berikut adalah barisan calon yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah:

  1. Nur Aisyah Binti Mohd Raussein  (Johan)
  2. Farah Nuradlina Binti Ahmad Faizal (Naib Johan)
  3. Asha Rania Binti Sallehuddin   (Ketiga)
  4 Nur Arissa Nuha Binti Mohd Amin (Ketiga)
  5. Dhiya Nur A'isyah Binti Mohd Rusdi (Ketiga)
  6. Nureen Arissa Binti Khairol Amali (Ketiga)
  7. Nurmila Herliana Binti Abd Hasyim (Ketiga)
  8. Raisya Syifa Binti Shaiful Bahar  (Ketiga)
  9. Nur Zarith Safiya Binti Mohamad Zahir (Ketiga)
      
Tahniah Pasukan Pandu Puteri Tunas 

b) 9th SCA International Junior Cricket Tournament Under 12
- 9th SCA International Junior Cricket Tournament Under 12 telah berlangsung pada 17 - 20 April 2019 di Kinrara Cricket Oval & Club Aman Cricket Oval. Seramai 12 orang murid sekolah kita telah terlibat dalam perlawanan tersebut. Mereka telah mendapat tempat ke-2 dalam perlawanan tersebut. Tahniah diucapkan kepada pemenang-pemenang. Berikut adalah senarai pemenangnya:

  1. Muhammad Akram Bin Malek
  2. Muhammad Imran Bin Muhammad Haikal Iskandar
  3. Muhammad Adam Naqiuddin Bin Firdaus
  4. Muhammad Muqri Bin Jafri
  5. Muamar Zuhair Bin Muammar Isaruddin
  6. Muhammad Harith Amzar Bin Mohd Yasir
  7. Muhammad Afrizal Bin Azmi
  8. Muhammad Aszrafi Bin Asnon
  9. Muhamma Irfan Hazim
 10. Emir Faliq Bin Irwan
 11. Shaariq Aqlan Bin Shahrulinizam
 12. Muhammad Rashid Bin Arsad

Tahniah Pasukan Kriket Sekolah SKTPP

4. Ucapan Guru Besar (Puan Hajah Rohaidah Binti Mohd Ali)

1) Memandangkan bil. pekerja pembersihan sekolah telah berkurangan, murid-murid diminta agar lebih bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah serta kelas masing-masing bagi mewujudkan persekitaran yang selesa untuk belajar.

2) Calon-calon UPSR tahun 2019 diingatkan agar belajar bersungguh-sungguh untuk melonjakkan keputusan dalam peperiksaan. Masa semakin singkat, namun jika diiringi dengan usaha keras dan istiqomah, kejayaan boleh dicapai.

3) Penilaian Anugerah Pengurusan Pusat Sumber Sekolah Cemerlang Kebangsaan (APPSSCK) akan diadakan pada 22 - 24 Julai 2019. Beliau berharap agar murid-murid, guru-guru dan warga SKTPP dapat memberi komitmen yang terbaik untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam pertandingan tersebut.

4) Guru Besar memperkenalkan pendidik- pendidik yang baru bertukar ke SKTPP untuk meneruskan kejayaan di sekolah ini;

1. Encik Wan Faizol bin Wan Mat, 39 dari SK Kg. Perak, Batu Kurau, Taiping, Perak
2. Puan Fatin Huzaikka bt Abdul Aziz dari SK Pandan Jaya, Selangor
3. Cik Parimala a/p Pannir Selvam dari SK Lembah Jabor, Terangganu (akan mula bertugas pada hari Rabu 19 Jun 2019 ini)

Ucapan Puan Guru Besar

Perhimpunan tamat pada pukul 8.45 pagi.

Disediakan oleh: Pn. Jamunarani Bhoja Rajan

No comments:

Post a Comment