Thursday, July 18, 2019

Karnival Pendidikan Kerjaya Sekolah-sekolah Daerah Sepang Tahun 2019

Pada hari ini telah berlangsung Karnival Pendidikan Kerjaya yang dianjurkan oleh Majlis Guru Kaunseling Kebangsaan Sepang dan Pejabat Pendidikan Daerah Sepang. Seramai 8 orang murid SK Taman Putra Perdana telah menyertai karnival kerjaya ini.

Karnival kerjaya dijalankan bermula pukul 8.30 pagi dan selesai pada pukul 2.00 petang, bertempat di Dewan Serbaguna Bandar Baru Salak Tinggi. Semoga peserta yang terpilih mewakili sekolah dapat memanfaatkan ilmu yang diperolehinya di karnival kerjaya ini.

Slot taklimat kerjaya di Dewan Sebaguna Bandar Baru Salak Tinggi

Guru Bimbingan dan Kaunseling bersama peserta-peserta dari SKTPP

Lagi laporan Karnival Pendidikan Kerjaya Sekolah-sekolah Daerah Sepang dalam blog Bimbingan dan Kaunseling SK Taman Putra Perdana, sila klik di sini

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment