Monday, July 15, 2019

Laporan Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-26 (Sesi Petang)

Tarikh                  : 15 Julai 2019
Hari                      : Isnin
Masa                    : 1.20 petang - 2.20 petang
Tempat                 : Dewan Perdana

Pengacara Majlis : Pn. Nor Azizati



Guru Bertugas :
  1. En. Muhammad Saiffol 
  2. Cik Noor Azlinda 
  3. Pn. Nor Nadzirah (Cuti Bersalin)
  4. Pn. Norazmira (Cuti Bersalin)
  5. Cik Nur Affiqah
  6. Pn. Nor Azizati  
  7. Pn. Ummu Athiah 
  8. Pn. Khairiah

Laporan / Ulasan

1. Perhimpunan sesi petang dimulai dengan nyanyian 3 buah lagu iaitu Lagu Negaraku, Lagu Negeri Selangor dan Lagu Sekolah

2. Perhimpunan diteruskan dengan bacaan doa



3. Bacaan Ikrar Rukunegara dan Ikrar Keselamatan Jalan Raya


4. Ikrar Murid



5. Laporan guru bertugas minggu lepas disampaikan oleh En Ahmad Junaidi


  • Menjaga kebersihan sekolah adalah tangungjawab bersama, oleh itu murid-murid perlu memastikan keadaan kantin adalah bersih selepas waktu rehat, buang sampah ke dalam tong sampah dan letakkan pinggan dan cawan ditempat yang disediakan.
  • Murid-murid dilarang membawa barang-barang seperti telefon pintar, alatan solek dan barang-brang yang merbahaya.
  • Rambut perlulah sentiasa dalam keadaan kemas dan pendek untuk murid lelaki. Murid perempuan yang mempunyai rambut panjang perlu mengikat rambut dengan kemas.

6.  Tema ucapan: Bendera Malaysia
  • Bendera Malaysia dikenali dengan nama Jalur Gemilang dan mengandungi 14 jalur merah putih.  
  • Bagi bahagian yang berwarna biru tua melambangkan perpaduan negara. Anak bulan yang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi bagi Negara Malaysia,
  • Bintang pecah 14 itu melambangkan perpaduan 13 negeri dan Kerajaan Persekutuan . Warna kuning pada anak bulan melambangkan warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

7. Perkataan Lawad
  • Bahasa Melayu
          Meraut
  • Bahasa Inggeris
          Beach
  • Bahasa Arab  
          Mudirun - Guru Besar Lelaki


8. Keceriaan Kelas










 Tahun 1
      1- Windows
      2- Oracle
      3- Android

   Tahun 2
      1- Samsung
      2- Vivo
      3- Nokia

   Tahun 3
     1- Ibnu Khaldun
     2- Al farabi
     3- Ibnu Thufail

9. Ucapan Guru Besar
  • Guru Besar memaklumkan Pusat Sumber Sekolah (Ujann Ilmu) akan memasuki pertandingan Anugerah Pengurusan Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Kebangsaan (APPSSCK). pada hari Rabu 24 Julai 2019 akan datang. Sekolah akan dihadiri oleh para hakim dan pegawai-pegawai untuk penilaian APSSPCK tersebut. Murid-murid diminta menjaga disiplin.
  • Murid-murid mestilah sentiasa menjaga kebersihan sekolah. Pastikan sampah dibuang di tempat yang betul.
  • Murid dilarang membeli makanan di luar kawasan sekolah terutama daripada penjaja yang ada di sekitar luar kawasan sekolah. Makanan hendaklah dibeli di kantin.

Perhimpunan berakhir pada pukul 1:50 petang

No comments:

Post a Comment